Tular Video Grab Rider Nyanyi Lagu Happy Birthday Dekat Budak, Rupa-Rupanya Nenek Buat Surprise

Comelnya!

Enlarge text
Cover ImageCover image via @nrqis._ (Threads)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, sebuah video di media sosial mencuri perhatian netizen selepas seorang Grab rider menyanyi lagu hari jadi ketika menghantar makanan

Menerusi video yang dikongsi di laman Threads, difahamkan Grab rider tersebut baru saja memulakan pekerjaannya sebagai penghantar makanan.

Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia menerima satu permintaan daripada pelanggannya.

Difahamkan, dia diminta menyanyikan lagu Happy Birthday kepada seorang budak lelaki.

Rupa-rupanya, nenek yang request sebab nak buat kejutan

Sebaik sahaja dia sampai di rumah tersebut, Grab rider berkenaan terus menyanyikan lagu Happy Birthday sebagai tanda dia telah melunaskan permintaan nenek kepada kanak-kanak lelaki itu.

Lebih membuatkan ramai terhibur, budak lelaki itu terus tersenyum apabila mendengar nyanyian Grab rider tersebut. Dia juga mengucapkan terima kasih kepadanya.

Lihat video penuh di bawah:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via