seismik

TV AlHijrah Buka Tirai 2024 Bernadakan Al-Quran Melalui Pelbagai Program Di Televisyen

Sebagai rekod, tahun 2023 menyaksikan TV AlHijrah kekal menjadi saluran Islamik nombor satu di Malaysia.

Cover image via TVAlhijrah (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

TV AlHijrah membuka tirai tahun baharu 2024 dengan nafas baharu pengisian pelbagai program islamik terbaik sepanjang tahun

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris, TV AlHijrah melabuhkan tirai tahun 2023 dengan pelbagai kejayaan dan rekod terbaik yang berjaya dicapai.

“2023 menyaksikan TV AlHijrah kekal menjadi saluran Islamik nombor satu di Malaysia dengan peningkatan sebanyak 45% berbanding pada tahun sebelumnya.

“TV AlHijrah berada di kedudukan top 5 daripada semua saluran semasa kempen #PalestinKembali diadakan lantas menjadikan prestasi TV AlHijrah pada masa ini adalah paling tinggi sejak penubuhan TV AlHijrah 13 tahun yang lalu. Selain itu, stesen ini melalui data AC Nielsen menjadi pilihan utama penonton sepanjang Ramadan, Syawal, Haji, Awal Muharam dan Maulidur Rasul tahun lalu.

“Sebagai rekod, program-program menarik lain yang telah mencatatkan capaian penonton tertinggi 2023 ialah rancangan Assalamualaikum yang berjaya mencapai 12.5 juta screenview sepanjang tahun. Berita AlHijrah berjaya mencapai sebanyak 7.3 juta screenview. Quran@114 juga cemerlang dengan pencapaian screenview 7.3 juta setahun dan Pentas Marhaban dengan 3.2 juta screenview," katanya dalam sidang media Majlis Pembuka Tirai 2024 TV AlHijrah.

Ketua Pegawai Eksekutif TV AlHijrah, Namanzee Harris

Image via TV AlHijrah (Facebook)

"Tahun 2024 TV AlHijrah bermula kompetitif apabila stesen ini berada di tangga lima teratas saluran TV di Malaysia pada awal Januari 2024" - Namanzee

Tambah Namanzee, bagi tahun 2024, stesen TV AlHijrah masih lagi mengekalkan konsep hiburan berilmu dengan meneroka format baharu rancangan Islamik tanpa menepikan pemerhatian khusus kepada tiga kunci utama penyiaran iaitu patuh syariah, kreatif dan popular.

Oleh yang demikian, bermula 20 Januari akan datang program Akademi Qurra’ 2024 bakal ditayangkan, setiap Sabtu, jam 9 malam.

“Program ini kembali di musim baru setelah kejayaan mendapat 4.4 juta tontonan screenview secara keseluruhan di musim pertama siarannya.

“Ujibakat hibrid yang berlangsung hampir sebulan Disember lalu, menyaksikan 12 orang qari qariah berbakat, lingkungan usia 18 hingga 35 tahun dipilih sebagai role model yang berpotensi mentarbiah serta melahirkan masyarakat penonton yang cintakan al-Quran dan seni persembahannya.

“Dua mudarrisah baru diperkenalkan iaitu Mudarrisah Suhailah Zulkifly serta Mudarrisah Nadia Hashim. Manakala, Mudarris Amar Mukhlis masih dikekalkan,” ujarnya.

Bermula 20 Januari akan datang program Akademi Qurra’ 2024 bakal ditayangkan, setiap Sabtu, jam 9 malam.

Image via TV AlHijrah (Facebook)

TV AlHijrah turut membariskan rancangan terbaik lain tahun ini. Antaranya ialah Riwayat Akhir Zaman, Quran@114 dan Carta 114. Kesemua program ini membaja ilmu, iman serta ketakwaan kepada Sang Pencipta.

Tidak dilupakan, bagi penggemar rancangan 30 Minit Bersama, tahun ini TV AlHijrah bawakan pendakwah yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Dato’ Hj Shamsuri Ahmad untuk memandu perbahasan Kitab Bahrul Mazi, yang merupakan huraian Syeikh Idris al-Marbawi terhadap hadis Rasulullah SAW yang dipilih daripada kitab Sunan al-Tirmidzi.

Program ini akan bersiaran setiap hari Selasa jam 8:30 malam. Namanzee turut berkongsi, selain boleh dinikmati di platform televisyen dan aplikasi AlHIjrah Plus, rancangan terbaik stesen ini turut boleh dinikmati pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS).

“Alhamdulilah, kini rancangan-rancangan terbaik TV AlHijrah turut boleh dinikmati para penumpang yang menggunakan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) untuk perjalanan utara ke selatan tanah air dan sebaliknya.

“Bukan itu sahaja, untuk pastikan penumpang perkhidmatan ETS menikmati pengalaman dunia penyiaran di dalam perjalanan mereka, ETS Istimewa ini kita datangkan dengan look and feel program-program kita dari segi hiasan dalaman mahupun luaran.

“Saya cadangkan, ambil masa, berkelanalah bersama yang tersayang menaiki ETS TV AlHijrah. Semakin banyak tempat dijejak, semakin banyak yang dipelajari serta semakin banyak pengalaman dilalui,” katanya.

Sebagai tambahan, aplikasi AlHijrah Plus yang memiliki lebih 8 ribu kandungan tersedia dan secara langsung juga telah dimuat turun oleh 100 ribu pemuat turun dari Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei. Kesemua negara ini juga merupakan antara negara yang tertinggi menonton AlHijrah Plus Live TV.

Antara paparan rekaan grafik TV AlHijrah pada gerabak tren ETS.

Image via TV AlHijrah (Facebook)

Pelbagai TV AlHijrah turut boleh dinikmati para penumpang yang menggunakan ETS untuk perjalanan utara ke selatan tanah air dan sebaliknya.

Image via TV AlHijrah (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: