seismik

Kisah Menyentuh Hati Uncle David Kini Dapat Liputan Dunia. Siap Masuk Buzzfeed Dan BBC!

Popular Uncle David sekarang.

Cover image via SAYS

Nama 'Uncle David' dalam sekelip mata meniti di bibir rakyat Malaysia semenjak trending beberapa minggu lalu apabila jualan patung Pokemon-nya laris macam pisang goreng dek penangan Pokemon Go!

Semakin hari semakin ramai orang datang ke Damansara Utama untuk mendapatkan mainan patung Pokemon yang dijual beliau. Ada yang sanggup datang dari jauh seperti Puchong dan Klang semata-mata untuk membeli patung-patung tersebut.

Image via SAYS

Pokemon Go yang menjadi kegilaan warga kota masa kini ternyata memberi banyak manfaat kepada Uncle David yang sebelum ini berjuang untuk hidup sejak dua bulan lepas.

Siapa Uncle David ini?

Image via SAYS

Uncle David Christopher dikenali sebagai penjual anak patung di jalanan oleh warga tempatan. Beliau telah melakukan kerja ini sejak 15 tahun yang lepas. Sebelum ini, Uncle David pernah menjual patung-patung tersebut dari satu tempat ke satu tempat; dari Subang ke Hartamas dan sekitar Lembah Klang.

Kemudian, beliau ditawarkan untuk bertapak di hadapan Bank HSBC di Damansara Utama atas faktor kesihatan yang menjadikan beliau sukar untuk berjalan dalam jangka masa yang lama.

Uncle David yang berusia 65 tahun disahkan menghidap leukemia pada Mac 2015. Doktor berkata bahawa beliau hanya mempunyai kira-kira 6 bulan sahaja untuk hidup.

Image via SAYS

Sejurus mendengar berita tentang penyakitnya, Uncle David berasa sangat sedih dan ingin putus asa. Namun, beliau menguatkan semangat untuk terus hidup seperti normal dan kini beliau semakin pulih.

Sesi kemoterapi telah memberi kesan kepada tubuh badannya, jadi Uncle David kini tidak mampu untuk memandu dan terpaksa bergantung kepada pengangkutan awam. Setiap hari beliau akan mengambil tiga tren dan dua bas untuk datang ke Damansara Utama dari rumahnya di Pandan Perdana, Cheras.

Walaupun terpaksa berdepan cabaran yang sukar, Uncle David tidak pernah berputus asa dan terus gigih menjual anak patung demi menyara kos rawatan leukemia yang dihidapinya.

Uncle David menjelaskan betapa susahnya untuk memujuk orang ramai membeli anak patung yang dijualnya. Sebelum ini, amat sukar bagi beliau untuk menjual 50 anak patung dalam masa seminggu.

Image via says.com

Tetapi sekarang, Uncle David mampu menjual 300 anak patung dalam hanya beberapa jam sahaja, setiap hari, sehinggakan permintaan kini telah melebihi daripada bekalan stock yang sedia ada.

Uncle David aka Uncle Pokemon in Uptown

Posted by Tim Low on Tuesday, September 20, 2016

Ini merupakan salah satu posting di Facebook yang melonjakkan nama Uncle David kepada netizen. Post dari Domo Sam ini telah mendapat 18 ribu shares dan 22 ribu likes.

Seorang pekerja dari JeffLee The Hair Company di Damansara Utama telah mengambil gambar Uncle David dan memuat naiknya pada 1 September lalu.

Gambar itu disertakan dengan caption ditulis dalam Bahasa Mandarin yang berbunyi:

"Siapa-siapa yang suka bermain Pokemon Go, jangan buang masa anda bermain permainan itu. Datang ke Bank HSBC di Uptown PJ dan cari uncle ini yang menjual anak patung Pokemon untuk RM10 setiap satu. Dermalah kepada beliau kerana beliau mempunyai kanser, dan anda boleh mendapatkan patung Pokemon kesayangan anda juga."

Posting ini memberi kesan luar biasa ke atas jualan anak patung Uncle David dan menyuntik semula kehidupan ke dalam perniagaan beliau yang saban hari semakin hambar sebelum ini.

Tetapi pada 19 September lalu, timbul satu cerita yang kurang enak. Berdasarkan satu lagi posting di FB, terdapat seseorang yang memesan 250 anak patung dari Uncle David tetapi tidak datang untuk mengambilnya.

Image via postimg.org

Alice Chong memberitahu bahawa Uncle David telah pun membawa stock 250 patung tersebut ke HSBC tetapi orang yang memesan itu tidak muncul. Alice memohon bantuan orang ramai untuk membeli patung-patung tersebut demi membantu Uncle David menghabiskan stock anak patung yang dibawa beliau.

Kuasa media sosial ternyata memberi penangan yang cukup hebat. Dalam sekelip mata, orang ramai berpusu-pusu datang untuk membeli anak patung Pokemon dari Uncle David.

Image via Woon King Chai

Dalam masa 2 jam, kesemua patung Pokemon habis dijual pada Isnin. Dan pada hari Selasa, kesemua stock habis dijual dalam masa setengah jam sahaja, sehingga memaksa Uncle David untuk menambah stock pada sebelah petang.

Image via Woon King Chai

Kisah menyentuh hati ini turut mendapat perhatian dari media antarabangsa seperti Buzzfeed dan BBC! Uncle David kini terkenal di peringkat global.

Daripada sukar menjual 50 anak patung dalam masa seminggu, kepada 300 dalam masa setengah jam. Dan kini kisah Uncle David mendapat perhatian dari media antarabangsa. Buzzfeed dan BBC yang masing-masing begitu berpengaruh di USA dan UK turut memberi liputan terhadap Uncle David.

Artikel dari Buzzfeed.

Image via buzzfeed.com

Baca artikel penuh Buzzfeed di sini.

Artikel dari BBC.

Image via www.bbc.com

Baca artikel penuh BBC di sini.

Peniagaan Uncle David kini bertambah maju terima kasih kepada media sosial dan rakyat Malaysia yang memberi sokongan. Semoga terus sukses Uncle David!

Pesanan dari Uncle David:

"Semua orang mesti bekerja keras, jujur dan mempunyai akhlak. Sama ada anda menjual barang, seorang pemandu teksi, atau wartawan, segalanya mengenai kehidupan yang jujur."

Inginkan lebih cerita menarik seperti ini? LIKE Facebook SAYS SEISMIK serta follow kami di Twitter dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Apa lagi pengajaran yang kita boleh belajar dari kisah hidup Uncle David? BACA SINI:

You may be interested in: