Vern's Mohon Maaf Isu Logo Kasutnya Menyerupai Kalimah Allah Yang Tular Di Media Sosial
Vern's dalam satu kenyataan menyatakan bersedia memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli kasut berkenaan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pengurusan Vern's Holding Sdn. Bhd. tampil memohon maaf berhubung logo kasut tumit tinggi keluarannya yang pada pandangan mereka disalah tafsir hingga menyinggung perasaan umat Islam di negara ini
Menerusi kenyataan yang dimuat naik Vern's di media sosial rasmi mereka menyatakan pihak pengurusannya telah dimaklumkan mengenai satu isu yang telah menyinggung ramai pihak terutama yang beragama Islam.
Vern’s berkata, logo tersebut 100 peratus diilhamkan berdasarkan bayangan tali yang bersambung dengan sebuah kasut tumit tinggi.
Begitupun, syarikat itu mengakui terdapat kekurangan pada rekaan logo tersebut yang boleh mengakibatkan ia disalah tafsir, seterusnya menyinggung perasaan ramai pihak
Katanya, pihaknya sama sekali tidak berniat untuk menghasilkan reka bentuk logo yang bertujuan untuk memperlekeh atau menghina mana-mana agama atau kepercayaan.
Vern's bersedia memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli kasut berkenaan
Menurut kenyataan itu lagi, selepas isu tersebut tular, pihaknya menghentikan terus penjualan kasut itu dan bersedia memulangkan kembali wang kepada pelanggan yang telah membeli kasut berkenaan.
“Dengan rasa rendah diri, kami pihak pengurusan ingin memohon kemaafan semua dan mengharapkan belas ihsan untuk diberikan ruang memperbaiki kesilapan yang telah berlaku.
“Ini adalah pengajaran yang sangat bernilai untuk kami memperhalusi dan lebih teliti dalam setiap keputusan yang diambil bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan,” katanya.
Terdahulu, berikut video mengenai isu logo kasut Vern's menyerupai kalimah Allah yang tular di media sosial
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!