"Brilliant!" - Ini Video Belakang Tabir Proses Pembuatan Pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020
Sangat mesra alam!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti semua ketahui, Jepun menjadi tuan rumah untuk Sukan Olimpik 2020 kali ini
Walaupun seluruh negara sedang dilanda dengan pandemik, Jepun berjaya menjalankan Sukan Olimpik dengan lancar. Pematuhan SOP yang ketat juga diterapkan oleh para penganjur dan atlet seluruh negara.
Kebersediaan kerajaan Jepun untuk menjadi penganjur telah dibuktikan dengan pelbagai inisiatif yang bijak seperti katil yang diperbuat daripada kadbod dan kini tular pula video pingat yang diperbuat daripada telefon bimbit lama dan terpakai mencuri tumpuan netizen.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kitar semula dan gunakan semula telefon bimbit terpakai untuk buat pingat
Menerusi video berkenaan, kelihatan sebanyak 6.21 juta telefon bimbit terpkaia dikitar semula untuk dijadikan pingat Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila proses sepanjang pembuatan pingat itu ditunjukkan dalam video. Daripada awal iaitu telefon bimbit sehinggalah teknik penyaduran kemudian terjadilah pingat emas, perak dan gangsa.
Lebih kagum lagi, mereka berjaya estrak sebanyak 32kg emas, 3500kg perak dan 2200kg gangsa. Daripada itu, mereka berhasil untuk mendapatkan sebanyak 5000 pingat.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Patutlah Jepun taknak mansuhkan Sukan Olimpik sebab dah prepare banyak" - Netizen
Sementara itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut kagum melihat video pembuatan pingat itu. Malah, ramai yang memuji idea dan kepakaran negara tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video itu berjaya mendapat 1.3M tontonan, 174K tanda suka dan 1K komen di TikTok.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: