seismik

[VIDEO] Betul Ke Dua Wanita Ini Tabur 'Sihir' Depan Kedai Pesaing?

Hmmm no komen.

Cover image via Penang Kini/Facebook

Satu rakaman CCTV menunjukkan dua orang wanita melakukan satu ritual di hadapan premis perniagaan menjadi viral sejak beberapa hari lalu

Dipercayai dirakam di Bandar Sunway, Seberang Jaya di Pulau Pinang, video ini menunjukkan rakaman CCTV di mana dua orang wanita bertudung melakukan satu ritual di hadapan sebuah premis perniagaan. Tidak pasti pula premis itu milik siapa.

Menurut sumber, dua wanita ini dikatakan sanggup menggunakan ilmu sihir dengan menabur garam di hadapan dan di belakang premis tersebut bagi tujuan menjatuhkan perniagaan pesaing mereka.

Video yang dimuat naik oleh Penang Kini ini telah mengumpul lebih daripada 6,000 shares ketika artikel ini ditulis. Lihat di bawah:

Lokasi di Bandar Sunway , Seberang Jaya.

Inilah sikap sebilangan peniaga melayu yang tak boleh lihat orang lain meniaga dan berjaya. Hasad dengki dan busuk hati tersemat dalam dada. Tak percaya ke rezeki masing-masing dari Allah yang maha esa?

Pesaing peniaga kedai makan ni sanggup guna ilmu sihir tabur garam kat depan dan belakang kedai untuk buat kedai ni jatuh merudum dalam meniaga. Apa la nak jadi dengan orang kita ya? Apa pandangan ampa pula?

Posted by Penang Kini on Friday, March 10, 2017

Namun begitu, ada beberapa kepincangan yang boleh dipersoalkan pada video ini. Antaranya:

1. Betul ke dua wanita itu sedang melakukan sihir?

Ada yang mengatakan garam sebenarnya digunakan untuk melawan sihir. Jadi, perbuatan dua wanita itu lebih kepada memagar premis perniagaan, bukan menghantar sihir.

2. Mana tahu dia tabur garam?

Betul juga. Tak semestinya garam yang digunakan. Mungkin bahan lain?

3. Tak semestinya yang bertudung tu Melayu

Mana tahu dua wanita itu hanya menyamar dengan mengenakan tudung supaya nampak macam orang Melayu. Kan?

4. Jangan pandai-pandai nak tuduh yang bukan-bukan

Tiada siapa tahu apa yang sebenarnya dilakukan oleh dua wanita berkenaan. Sama ada menghalau sihir atau melakukan sihir. Bersangka baiklah.

Korang rasa? Betul ke diorang tabur sihir kat kedai tu?

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Brader ni terasa dengan cikgu sampai sekarang tau:

Leave a comment