seismik

[VIDEO] "Dah Macam Adik Beradik" - Gelagat Comel Gadis Di Zoo Ini Curi Hati Netizen

Bestnya dapat main dengan ostrich!

Cover image via @tilaivgrapevelvet (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pengalaman melawat ke zoo memang sangat menyeronokkan tidak kiralah bagi kanak-kanak mahupun orang dewasa

Di samping kegembiraan melihat haiwan-haiwan di situ, kita juga dapat membina hubungan sambil berinteraksi dengan mereka.

Baru-baru ini, tular sebuah video mengenai gelagat comel seorang gadis yang cuba untuk berkawan dengan ostrich di sebuah mini zoo telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu dibawah:

@tilaivgrapevelvet

lupa record buaya kat situ sbb dah ada buaya tolong record video harini

original sound - gf nadhir

Selalunya haiwan yang kejar orang, lain pula ceritanya dengan gadis ini

Menerusi video yang tular itu, kelihatan seorang gadis melihat pemandangan malam bersama-sama dengan seekor ostrich seperti mereka sudah kenal lama.

Apa yang lucu di sini adalah apabila haiwan tersebut bertindak melarikan diri, boleh pula gadis itu tanpa rasa malu mengejarnya kembali.

Hal ini menunjukkan gadis itu bersungguh-sungguh ingin berkawan dengan ostrich tersebut sehingga mengikutinya ke mana sahaja.

"Pergh gangsternya time aku pergi haritu dia yang kejar aku, bukan aku kejar dia" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M tontonan, 183.8K tanda suka dan 847 komen.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat gadis itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel je main kejar-kejar dengan ostrich, nasib baik dia tak kejar balik! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram dan temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: