seismik

[VIDEO] Durian Warna Merah Di Sabah Ini Tarik Perhatian, Ramai Nak Tahu Macam Mana Rasanya

Siapa pernah makan?

Cover image via @sfiqah42 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap tahun, musim durian merupakan waktu yang paling ditunggu-tunggu oleh pencinta raja buah ini

Masing-masing berebut nak makan durian yang ada bermacam-macam jenis. Antara durian yang menjadi kegemaran ramai adalah Musang King, IOI, Udang Merah dan D24.

Namun, tular baru-baru ini sebuah video di TikTok mengenai durian berwarna merah di Sabah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

@sfiqah42

Yg mau tau rasa dia mcmna , stay tuned for nxt video ##janganfyp ##MYFoodie ##foodie

original sound - dekwaaaaaa

Ramai terkejut tengok warna durian merah, rupa-rupanya memang wujud

Menerusi video yang dimuat naik oleh @sfiqah42, kelihatan dia menunjukkan beberapa biji durian merah itu yang hanya boleh didapati di Sabah.

Warna isi durian tersebut sememangnya merah pekat dan sekali pandang, ramai yang ingatkan itu darah. Malah, ada yang ingin tahu bagaimana rasanya durian merah itu.

"Ramai terkejut dengan durian ni. Okay guys ni durian merah, dekat Sabah je ada. Jarang ada, setahun kadang sekali dua je musim durian merah. Harga pun lebih mahal dari durian biasa," katanya.

"Serious talk durian merah paling sedap lemak dia. Bau dia tak sama macam durian yang biasa kita makan" - Warganet

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah 1.3M views, 90.6K likes dan 2.4K shares di TikTok, rata-rata warganet turut teruja melihat warna durian itu.

Malah, ada yang perasan durian merah itu pernah dimakan oleh watak Opet dalam cerita Upin & Ipin dan tidak sangka ia memang benar-benar wujud.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Teringin pula nak makan sebab nak tahu rasa durian merah macam mana :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: