seismik

[VIDEO & GIF] Mat Rempit "Bersepah" Dalam Kemalangan Di Lebuh Raya KESAS

Apa dapat?

Cover image via www.youtube.com

[TERKINI] Penganjur Lumba Haram Bersihkan Lebuh Raya KESAS Sampai Tak Ada Kesan

Image via www.youtube.com

Penganjur perlumbaan haram yang menyaksikan beberapa Mat Rempit "bersepah" setelah merempuh kereta Proton Exora tempoh hari nampaknya telah memastikan tidak ada bukti yang ditinggalkan di tempat kejadian.

Pihak pengurusan lebuh raya tersebut berkata mereka menerima panggilan memberitahu tentang insiden itu pada jam 5.15 pagi tetapi apabila pasukan peronda tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian, mereka tidak temui apa-apa tanda kemalangan.

"Ketika kami tiba sekitar jam 5.27 pagi di Kilometer 29.7, kami langsung tak jumpa serpihan kaca atau kesan darah di lokasi tersebut, apatah lagi mangsa kemalangan. Hanya sebuah motosikal hangus dan pemandu Proton Exora saja berada di tempat kejadian.

"Mereka yang menganjurkan perlumbaan sangat tangkas dan cekap dalam membersihkan segala bukti kemalangan. Ini adalah punca mengapa pihak pengurusan KESAS pada mulanya gagal mencari lokasi kejadian terbabit," kata sumber.

themalaysianinsider.com

Selasa, 22 September 2015: Satu kejadian kemalangan ngeri telah berlaku malam tadi membabitkan 6 motosikal yang sedang berlumba haram merempuh sebuah kereta Proton Exora di Lebuh Raya KESAS

Image via www.youtube.com

Video kemalangan Mat Rempit lumba haram ini telah menjadi viral sejak pagi tadi dan tersebar secara meluas di laman sosial, terutamanya di Facebook dan Whatsapp.

Difahamkan, salah satu penunggang motor dengan tidak sengaja telah merempuh bahagian tepi Proton Exora itu semasa memotong, membuatkannya terbabas dan pada masa yang sama turut melanggar rakan-rakan penunggang yang lain.

Sejurus kejadian, ratusan penunggang motor lain yang menjadi penonton di situ mengerumuni tempat kemalangan sehingga menutup seluruh laluan lebuh raya tersebut

Image via www.youtube.com

Dilaporkan, kesemua mat rempit yang terlibat dalam insiden ini selamat dan hanya mengalami kecederaan. Kami harap pemandu kereta Proton Exora juga tidak mengalami sebarang kecelakaan.

Keadaan Proton Exora selepas dilanggar oleh pelumba haram.

Image via paultan.org

Dan sejak dari itu, orang ramai mula menyebarkan maklumat serta gambar yang dipercayai tidak sahih dan PALSU. Antaranya:

1. PALSU: Gambar seorang penunggang motor di atas katil hospital dengan beberapa luka di badan sambil tunjuk good sebenarnya diambil pada tahun lepas

2. PALSU: Gambar 4 sahabat meninggal dunia akibat kemalangan motosikal ketika sedang berlumba haram ini terjadi pada tahun 2011 di Pasir Mas, Kelantan

3. PALSU: Gambar satu pasangan yang mati kemalangan sehingga badan terputus dua ini merupakan warga Kemboja yang diambil pada tahun 2011 berdekatan lapangan terbang Phnom Penh

4. PALSU: Gambar beberapa mayat bergelimpangan di atas jalan raya selepas terlibat dalam kemalangan ini merupakan sebuah kejadian nahas pada tahun 2013 di Shah Alam

Dalam pada itu...

You may be interested in: