seismik

"Tolong Report Iklan Bodoh Ni!" - Netizen Bengang Video Nizam Rahman Umpama Hina Perempuan

"Seronok hina perempuan?"- Netizen.

Cover image via Nizam Rahman/Facebook

Sebut saja nama Nizam Rahman, pasti kebanyakan pengguna tegar media sosial Facebook dan Instagram sudah sedia mengenalinya

Dia yang terkenal dengan video-video lawak yang sering viral itu mempunyai beratus ribu pengikut di laman Instagram dan juga Facebook.

Mungkin ramai yang sudah mengetahui, Nizam juga seringkali membuat review produk berbayar di akaun media sosialnya dengan menggunakan konsep video yang berunsur humour.

Bagaimanapun, baru-baru ini dia telah dikecam oleh netizen oleh kerana satu video yang dimuatnaiknya dikatakan tidak senonoh kerana penuh dengan unsur lucah

Di dalam video tersebut, Nizam membawakan watak seorang 'wanita' yang kelihatan sedang berjalan dalam penuh gaya seksi dan menggoda.

Kemudian datang seorang lelaki dengan kereta mewah cuba mengoratnya namun hampa setelah mendapati payudara 'wanita' itu kecil.

Di sinilah segala babak-babak lucah itu bermula apabila 'wanita' terbabit mengambil satu produk untuk menjadikan payudaranya bersaiz lebih besar.

Bukan setakat babak saja, malah penggunaan perkataan di dalam video tersebut juga boleh dikatakan sangat kurang enak didengar

Contohnya seperti dialog di bawah:

“Kau siap kau lepas ni kau datang carwash aku kau mesti meleleh air liur kau tengok aku punya tetek!”

Kemudian lelaki itu sambil melakukan aksi gersang berkata: “Ini bukan perempuan hari tu ke? Eh beso siot tetek dia, oh my god!“

Bukan setakat itu, video itu juga diibaratkan seperti cuba menghina agama dengan merendah-rendahkan maruah kaum wanita

Malah, ia seolah-olah mewujudkan persepsi kononnya dengan memiliki payudara besar akan menarik pehatian lelaki, walhal ia sekadar mendorong nafsu untuk melakukan maksiat.

Rata-rata netizen berasa bengang dan marah dengan video tersebut. Pelbagai kata-kata negatif telah dilemparkan.

1. "Report iklan bodoh ni"

2. "Maruah wanita dipermainkan"

3. "Apa yang cuba disampaikan?"

4. "Sebagai wanita saya malu"

5. "Makin bodoh si Nizam ni"

6. "Niat tak menghalalkan cara"

7. "Seronok hina perempuan?"

Tonton video penuh berkenaan di bawah dan anda nilailah sendiri:

Ramona beraksi

Ramona buat apa tu? perghhh seksinya kopek dia
.
.
.
.
Ramona kene reject ngan lelaki sebab kopek kecik, selepas pakai 'B Confident', Ramona jadi yakin, bertenaga, aktif dan seksi ! Sekarang ramona teruskan mengguna Bconfident . Pada wanita diluar sana yg ingin yakin, pakailah Bconfident...Baru lelaki dekattttt..abang jadi sayang ... muahx ciked
.
Fanpage : Untuk Dhia
Order ☎️☎️ : 0145575526

Posted by Nizam Rahman on Thursday, 13 April 2017

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Yang ini pun lebih kurang sama jugak:

You may be interested in: