[VIDEO] Kepala Anak Sangkut Dekat Dinding, Sekali Mak Datang Selesai Segala Masalah
Punyalah satu kampung tolong tarik badan budak tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Perangai budak kecil yang panjang akal memang sudah sering didengar
Kadangkala tindakan dan perbuatan mereka membuatkan ibu bapa naik geram. Bukan setakat itu, para ibu bapa juga akan sangat bimbang dan risau jika keselamatan anak mereka terancam.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila kepala seorang budak tersangkut di antara dinding telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Satu kampung berhadapan dengan detik cemas, sekali maknya datang terus selesai masalah
Menerusi video berkenaan, seorang budak lelaki dilihat tersangkut kepalanya di antara dinding rumahnya.
Semua pak cik dan lelaki yang berada di situ dilihat bertindak membantu untuk mengeluarkan kepalanya yang tersangkut itu. Detik-detik cemas itu membuatkan budak itu menangis ketakutan.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila maknya datang dan terus menarik badan anaknya itu ke arah lain. Kepala budak itu tidak lagi tersangkut dan berjaya dikeluarkan.
"Bomba pun fikir nak potong kepala ke nak potong tiang tu" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 18M tontonan, 2M tanda suka dan 44K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap budak itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!