"Tak Geli Ke" - Anak Selsema, Ayah Sanggup Sedut Hingus Guna Mulut Raih Perhatian Netizen
Hebat betul!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap ibu bapa sudah pasti sangat risau dan bimbang jika anak-anak mereka yang masih kecil jatuh sakit
Baik demam biasa ataupun flu saja, ia cukup merunsingkan para ibu bapa. Setiap ibu bapa pasti ingin anak-anak mereka cepat sembuh dan kembali sihat.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang ayah dilihat menyedut hingus anaknya telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Selamba sedut hingus anak macam siput sedut
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ayah bersama anaknya sedang berada di dalam kereta.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si ayah dilihat sanggup menyedut hingus anaknya menggunakan mulut. Anaknya itu dipercayai sedang mempunyai flu dan selsema. Sebaik saja ayahnya menyedut, dia mengeluarkan semula dan diletakkan dalam tisu.
"Mak aku bukan sedut hingus, dia sedut butang tersumbat dalam hidung adik aku" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 676K tontonan, 53K tanda suka dan 769 komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi terhadap situasi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!