seismik

"Tahan Malu" - Delivery Ke Rumah Orang, Anak Terpaksa Akur Mak Turun Nak Minta Pokok

Aduhai, anak terpaksa tahan malu.

Cover image via @yusrimdradzhi (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pencinta pokok sudah pastinya menanam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan di rumah

Perkara itu sudah menjadi hobi mereka. Rutin harian mereka akan menyiram dan menjaga pokok bunga setiap petang. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita dilihat turun rumah pelanggan meminta pokok telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

@yusrimdradzhi

Sumpah lepas ni aku p delivery sorg ja..xsanggup bawak mak aku dah #fyp #mommylife #gilapokokatiati

Monkeys Spinning Monkeys - Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Anak tahan malu sebab mak selamba pergi rumah orang minta pokok

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang menghantar barang seperti jambangan bunga yang dipesan ke rumah pelanggan. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila sebaik saja dia menghantar barang kepada pelanggan, maknya dilihat selamba turun ke rumah orang untuk meminta pokok bunga. 

Mujurnya, tuan rumah juga sangat ramah dan baik hati. Mak cik itu memberikan pokok bunga dengan percuma. 

"Mak mak memang biasa guna modal pokok bunga untuk berkawan" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 446K tontonan, 49K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat situasi itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mak siapa macam ni jugak? Comel betul! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik dan temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: