seismik

[VIDEO] Kesian Tengok Kasut Pekerja J&T Dah Rosak, Lelaki Ini Baik Hati Berikan Yang Baru

Terbaik bang!

Cover image via @erinerahim (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Jika kita membeli barang secara online sudah pasti kita akan menggunakan perkhidmatan courier untuk menghantarnya

Kadangkala sampai orang yang sama juga hantar barang kita selalu betul tak? Kerja sebagai penghantar barang bukanlah satu kerja mudah kerana banyak risiko yang perlu dihadapi.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki memberikan kasutnya kepada pekerja J&T telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@erinerahim Bila kita baik, Allah akan hantarkan orang yang baik² disekeliling kita #berkongsirezeki #J&T #fyp #foryourpage original sound -

Suami nekad nak beri kasut kepada penghantar barang

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki semasa itu sedang berada di luar rumah untuk mengambil barangannya daripada pekerja J&T.

Ketika itu, isterinya sedang berada di dalam kereta untuk menunggu suaminya itu selesai dan dia merasa hairan apakah yang mereka bualkan kereta agak lama.

Selepas itu suaminya terus masuk ke dalam rumah dan memberikan kasutnya kepada pekerja tersebut. Rupa-rupanya suaminya itu kesian melihat kasut pekerja itu yang sudah seperti rosak dan menghadiahkannya kasut yang lain. 

Walaupun ia bukanlah kasut baru, tetapi kelihatan pekerja itu sangat bersyukur dan berterima kasih kepada lelaki itu kerana memberikan kepadanya.

"Nampak sangat adik yang menerima sangat menghargai" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji tindakan lelaki itu dan mendoakan mereka.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 81.4K views, 9,552 likes dan 819 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Seronok adik tu dapat kasut, semoga dimurahkan rezeki keluarga ni :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: