[VIDEO] Lelaki Patah Gigi Selepas Makan Popia Keras Yang Dibelinya Di Bazar Ramadan
Agak-agak la nak menjual makanan yang keras pun.
Setiap kali bulan Ramadan kembali, pasti ada orang mengambil peluang untuk berniaga di bazar ramadan
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang lelaki ini patah gigi selepas makan popia yang dibeli di bazar Ramadan.
Menerusi video tersebut, dia ada membeli empat biji popia goreng berharga RM8 sebekas. Bagaimanapun, dia tidak dapat memakannya kerana terlalu keras untuk digigit.
Gigi geraham tercabut semasa cubaan untuk makan popia keras itu
Apa yang lebih memburukkan keadaan lagi, sebatang gigi geraham TikToker itu tercabut selepas menggigit popia keras tersebut.
Untuk membuktikan popia yang dibelinya benar-benar keras, dia merakam cubaan sekali lagi menggigit makanan berkenaan.
Bagaimanapun, nampak kesusahan yang dihadapi olehnya kerana kulit popia itu sangat liat dan keras.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!