seismik

[VIDEO] Lori Pasir Rempuh 24 Kenderaan Sekaligus Di Jalan Setiawangsa

Apa puncanya?

Cover image via therakyatpost.com

Kira-kira 24 kenderaan rosak apabila dirempuh sebuah lori membawa muatan tanah di Jalan Jelatek menghala ke Setiawangsa, petang semalam

Image via babab.net

Sebanyak 24 buah kenderaan rosak teruk apabila dirempuh sebuah lori membawa muatan pasir ketika menuruni bukit di Jalan Setiawangsa menghala ke Jalan Jelatek semalam.

bernama.com

Beberapa individu di tempat kejadian sempat merakam detik selepas kemalangan berlaku. Puluhan kenderaan dilihat mengalami remuk teruk dan tersadai di tepi jalan. VIDEO PENUH:

Kemalangan melibatkan lebih 20 buah kenderaan

Kemalangan melibatkan lebih 20 buah kenderaan pelbagai jenis akibat dilanggar sebuah lori yang dipercayai kerosakan brek. Kejadian berlaku di Jelatek, KL petang tadi.More : Sukan Star TVBy : Sukan Star .com @ sukanstar.com

Posted by Sukan Star TV on Tuesday, June 9, 2015

Apa puncanya?

Lori berkenaan dipercayai mempunyai masalah brek ketika menuruni bukit di kawasan tersebut

Image via antarapos.com

Kejadian pada 5.45 petang berhampiran Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Putra Setiawangsa itu dikatakan berlaku apabila lori yang dipandu seorang lelaki tempatan dikatakan hilang kawalan kerana mengalami masalah brek.

Menurut Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu (ITIS) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), laluan dua lorong di jalan berkenaan ditutup sepenuhnya bagi kerja mengalih kenderaan dan siasatan polis trafik.

Kesesakan lalu lintas dilaporkan berlaku kira-kira dua jam sebelum satu lorong di jalan itu dibuka kepada kenderaan kira-kira 8 malam.

hmetro.com.my

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau sebarang kecederaan dilaporkan

Image via babab.net

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, DSP S. Markandan berkata kejadian itu tidak melibatkan kematian atau sebarang kecederaan. Kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Markandan, pihaknya sedang menyiasat punca kemalangan dan menjalankan ujian air kencing terhadap pemandu terbabit.

bernama.com

Apa komen orang ramai? Seperti yang dijangka, mana-mana kemalangan yang berpunca daripada sebuah lori pastinya akan mendapat kecaman hebat, dan kebanyakannya mesti ditujukan kepada pemandu lori terbabit.

Namun begitu, dakwaan orang ramai tidak semestinya benar. Bukankah lebih baik jika semua pihak siasat dahulu apa yang sebenarnya terjadi sebelum melemparkan kritikan?

Cerita kemalangan lain di SAYS:

You may be interested in: