seismik

[VIDEO] Makin Cantik Lepas Pantang, Warganet 'Insecure' Tengok Cara Syafiqah Aina Dress Up

Cantik, kurus, business woman yang berjaya. Perfect!

Cover image via @syafiqahainaofficial (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kebiasaannya, ramai wanita sukar untuk mengekalkan penampilan yang cantik seperti dulu selepas mereka bersalin

Iyalah, masa pun terhad. Nak uruskan anak, nak uruskan rumah, belum lagi cerita tentang struggle nak elokkan luka selepas bersalin. Memang ia bukanlah satu proses yang mudah.

Namun, jika kita memang nekad untuk kekalkan kecantikan dan penampilan seperti dulu, itu semua tidak menjadi masalah.

Seperti salah seorang influencer dan usahawan terkenal Syafiqah Aina yang baru-baru ini tular selepas dia berpantang anak kedua telah mencuri perhatian warganet di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

@syafiqahainaofficial

Selepas 9 bulan mengandung, 44hari berpantang, now its time to come back! Lepas ada anak, langsung tak ada masa nak fikir pasal diri sendiri Mommies, you’re amazing! Kena tahu tu. Kita mampu buat banyak benda dalam satu masa Kita uruskan rumah, jaga anak, sediakan susu, makan & keperluan anak, sambil bekerja pun kita boleh buat semua tu, takan nak bersiap untuk diri sendiri kita tak boleh buat kan? It’s the time to come back! Bahagi sikit masa untuk diri sendiri & love yourself before others k. Fill yourself up so that you can give more to others

HOLD ON X AKU SUGEST - [MFPRØÑÖÛŃĐ]™

Maintain cantik selepas 44 hari berpantang, sempat berikan semangat buat semua para ibu

Menerusi video yang dimuat naik oleh @syafiqahainaofficial, kelihatan dia berkongsi rakamannya sebelum dan selepas berpantang sambil menyelitkan kata-kata semangat di kapsyen.

Apa yang membuatkan ramai insecure adalah dia dilihat semakin cantik dan berseri walaupun sudah mempunyai dua orang anak. Malah, ada yang mengatakan caranya berpakaian kalah anak dara.

Rentetan itu, Syafiqah Aina turut memberikan inspirasi kepada wanita khususnya para ibu di luar sana supaya kembali bangkit selepas penat bertarung nyawa.

"Mommies, you’re amazing! Kena tahu tu. Kita mampu buat banyak benda dalam satu masa. Kita uruskan rumah, jaga anak, sediakan susu, makan & keperluan anak, sambil bekerja pun kita boleh buat semua tu. Takkan nak bersiap untuk diri sendiri kita tak boleh buat kan? It’s the time to come back!" katanya.

"The real business woman, kalau dah nama model memang lawa sokmo. First, you must have a good husband" - Warganet

Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.4M views, 180.4K likes dan 2.7K shares di TikTok, rata-rata warganet turut memuji kecantikan dan semangat Syafiqah Aina.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Tumpang seronok tengok kejayaan orang lain. Semoga semua wanita boleh jadi cantik dan berjaya macam ini juga. Fighting! :)

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: