[VIDEO] Niat Nak Healing Terus Jadi Hilang, Wanita Ini Jatuh Ditolak Ombak Bikin Dekah
Tergolek pula.
Pantai merupakan salah satu tempat yang signifikan untuk tenangkan fikiran
Tidak kiralah untuk berkelah, beriadah mahupun bermandi-manda, pantai telah menjadi pilihan orang ramai meluangkan masa bersama keluarga dan menenangkan fikiran.
Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang wanita sedang duduk berehat di tepi pantai tetapi dia berada dikawasan cetek pantai bukannya di kawasan darat.
Lihat video berkenaan di bawah:
Dihempas ombak lalu tersungkur ke tanah
Menerusi video yang tular itu, terlihat wanita itu sedang duduk di atas kerusi mudah alih dan sedang menikmati pemandangan laut.
Selepas ombak semakin mendekatinya, dia dilihat bersedia untuk menerima hempasan ombak namun, perkara yang tidak dijangka pula berlaku.
Wanita tersebut terus tersungkur akibat hempasan ombak yang kuat sehingga dia tergolek bersama kerusi yang didudukinya."Laut: kau nak sangat kan, nah ambik" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ianya telah meraih sehingga 328.4K views, 34.7K likes dan 1.1K shares.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di TikTok menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!