seismik

[VIDEO] Pada Suatu Hari, Seekor Babi Hutan Membuat Lawatan Sambil Belajar...

Jangan terkejut. Babi hutan kini termasuk dalam kategori haiwan terpelajar.

Cover image via siakapkeli.com.my

[TERKINI] "Babi Hutan Itu Bukan Dibunuh," Kata Pihak MMU

Susulan gambar seorang lelaki memijak bangkai babi hutan yang tersesat masuk ke dalam Perpustakaan MMU, ramai menganggap haiwan tersebut telah dibunuh sekaligus menyifatkan ia sebagai sesuatu yang kejam.

Justeru, pihak pengurusan MMU telah mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan kejadian sebenar. Menurut pihak universiti, sebarang bentuk kezaliman terhadap mana-mana haiwan tidak pernah dibenarkan berlaku di sana.

“Kecederaan haiwan itu tidak ada kaitan dengan manusia, sebaliknya disebabkan oleh panel kaca yang pecah apabila ia mrempuh masuk ke dalam perpustakaan itu. Semakin lama haiwan itu berada dalam perpustakaan, semakin itulah ia menjadi agresif dan ganas. Langkah menangkapnya perlu diambil bagi memastikan tidak ada yang tercedera, terutama para pelajar dan kakitangan MMU. Dalam proses itu, ia mati akibat kecederaan yang dialaminya sebelum itu,” kata pihak universiti.

utaranews.com

Merujuk Pada Gambar Seorang Lelaki Dilihat Meletakkan Sebelah Kakinya Di Atas Bangkai Haiwan Tersebut, MMU Menjelaskan Ia Bertujuan Untuk Mengesahkan Sama Ada Babi Hutan Itu Sudah Mati Atau Tidak

“Malangnya, ramai yang salah faham. Kami berharap kenyataan ini dapat menjelaskan apa yang berlaku kepada pihak media dan juga masyarakat. Keselamatan semua pihak yang berada di dalam premis sememangnya menjadi keutamaan kami,” jelas pihak MMU.

Kes ini telah dikendalikan sebaik-baiknya oleh pihak berkuasa termasuk Unit Keselamatan MMU, Unit Keselamatan dan Kesihatan (OSHE) serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba).

utaranews.com

6 Januari: Jangan Risau Pelajar MMU, Perpustakaan Anda Telah Selamat Disamak

Kerja membersih dan menyamak ruang dalam perpustakaan Multimedia University (MMU) di Cyberjaya yang diceroboh seekor babi hutan dua hari lepas selesai dijalankan.

Ketua Pustakawan Kamal Sujak berkata kerja pembersihan yang dilakukan oleh 20 kakitangan dengan turut dibimbing seorang pegawai agama MMU bermula kira-kira pukul 10.30 pagi dan selesai lima jam kemudian.

"Operasi perpustakaan tidak terjejas kerana ia membabitkan sebahagian ruang sahaja dan seluruh perpustakaan dijangka dibuka sepenuhnya esok," katanya dalam satu kenyataan.

bernama.com

Pernah Tak Anda Lihat Babi Hutan Di Dalam Perpustakaan? Mesti Tak Pernah Kan?

Semalam, Pelajar MMU Cyberjaya Dikejutkan Dengan Satu Kejadian Di Mana Seekor Babi Hutan Tiba-Tiba "Menyerang" Perpustakaan Universiti Berkenaan Pada Jam Kira-Kira 1.30 Tengahari

Pelajar Universiti Multimedia (MMU) yang sedang membaca buku di perpustakaan di institusi itu gempar apabila seekor babi hutan jantan merempuh masuk ke dalam perpustakaan itu pada 5 Januari 2015 sekitar jam 1.30 tengahari.

kosmo.com.my
Image via mstar.com.my

Babi Hutan Berkenaan Dikatakan Merempuh Panel Dinding Kaca Pintu Belakang Perpustakaan Hingga Membuatkan Beberapa Pelajar Terkejut Dan Melarikan Diri

Ketua Perpustakaan MMU, Kamal Sujak Berkata, Pihaknya Mengarahkan Premis Itu Dikosongkan Sebaik Pihak Bomba Tiba Untuk Menangkap Haiwan Tersebut Kira-Kira 10 Minit Kemudian

"Kami terpaksa menutup bahagian utama perpustakaan disebabkan keadaan berselerak ketika bomba berusaha menangkap haiwan itu," katanya ketika dihubungi.

Tambahnya, ruang bacaan utama bagaimanapun dibuka seperti biasa.

kosmo.com.my

Pihak Bomba Akhirnya Berjaya Menangkap Babi Hutan Terbabit Setelah Mengambil Masa Selama 2 Jam

Menurut Kamal, Kejadian Itu Amat Memeranjatkan Pihaknya Namun Kerjasama Semua Pihak Termasuk Bomba, Perhilitan Dan Jabatan Keselamatan MMU Berjaya Mengawal Keadaan Dengan Baik

"Haiwan liar itu mungkin tersesat dari kawasan hutan berdekatan memandangkan pembangunan pesat sekitar Cyberjaya. Keadaan di perpustakaan MMU masih selamat dan terkawal selain kerja-kerja pembersihan telah dilakukan walaupun gambar haiwan yang kelihatan tersesat dalam perpustakaan itu sudah menjadi viral di laman sosial."

"Kami akan memaklumkan kepada pelajar bila bahagian utama akan dibuka semula dalam masa terdekat," katanya.

kosmo.com.my

Tahun Lalu, Negara Digemparkan Dengan Kejadian Seekor Biawak Liar Membaham Kepala Seorang Bayi Perempuan Yang Baru Sahaja Berusia Lapan Bulan. BACA SINI:

You may be interested in: