Tayar Tercabut Bergolek Di Lebuh Raya PLUS, Pengguna Jalan Raya Luah Kebimbangan

Bahaya, boleh datangkan kemalangan dekat pengguna lain.

Cover ImageCover image via Berita Harian & Harian Metro

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Satu kejadian tayar kenderaan tercabut sebelum bergolek di tengah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berhampiran Tanjung Malim, Perak, baru-baru ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pengguna jalan raya

Menurut laporan Berita Harian, kejadian yang dipercayai berlaku pada 31 Oktober lalu itu tular di media sosial selepas rakaman memaparkan sebuah tayar bergerak tanpa kawalan di laluan lebuh raya arah utara.

Menerusi rakaman tersebut, seorang penunggang motosikal dilihat menghampiri tayar berkenaan sebelum cuba menghentikannya. Seorang pemandu kenderaan jenis Land Rover turut dilihat membantu bagi mengelakkan tayar itu terus bergolek dan membahayakan pengguna lain.

SAYS.com
Image via Berita Harian

Kejadian itu turut mengundang pelbagai reaksi warganet yang berkongsi pengalaman berdepan situasi sama

Seorang pengguna media sosial, @Wag Kang, mendakwa pernah mengalami kerosakan pada lampu hadapan keretanya selepas terkena tayar yang tercabut dan bergolek di jalan raya.

"Saya pernah mengalami kejadian yang sama ketika tayar yang bergolek merosakkan lampu hadapan kereta saya. Saya bersyukur tayar itu tidak terkena cermin hadapan," katanya.

Seorang lagi pengguna, @Syahbanie Syah Badie, pula meluahkan kebimbangan susulan beberapa kejadian kemalangan maut yang membabitkan kenderaan berat.

Dalam masa sama, tindakan penunggang motosikal yang cuba menghentikan tayar tersebut turut mendapat pujian kerana disifatkan sebagai usaha membantu melindungi keselamatan pengguna jalan raya lain.

Walau bagaimanapun, belum ada maklumat rasmi mengenai punca tayar berkenaan tercabut atau identiti kenderaan yang terlibat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS