[VIDEO] 13 Tahun Menanti, Wanita Ini Menangis Gembira Selepas Disahkan Mengandung. Sebak!
Alamak, termenangis pulak. :'(
Buat pasangan yang telah mendirikan rumahtangga, perkara paling ditunggu-tunggu adalah kelahiran cahaya mata
Benar, penantian cahaya mata merupakan satu debaran yang begitu hebat. Mana tidaknya, ada pasangan yang menunggu sehingga berbelas tahun lamanya sebelum dikurniakan cahaya mata pertama.
Sebab itulah, doa jangan pernah putus tanpa jemu setiap hari.
Seperti kisah wanita ini yang telah dikongsikan oleh seorang doktor iaitu Dr Thokha Muhammad di laman Instagram melalui sebuah klip video. Memang sebak lihat reaksinya!
Menurut caption video tersebut, Dr Thokha menjelaskan bahawa wanita ini telah menanti kehadiran cahaya mata pertama sejak 13 tahun yang lalu. Malah, usaha yang dilakukan juga tidak pernah putus termasuk rawatan dan sebagainya.
Akhirnya, dia disahkan mengandung!
Menurut pakar Obstetrician & Gynaecologist ini, wanita tersebut telah memulakan rawatan itu bermula 24 hari lalu dan akhirnya menerima berita bahagia yang telah lama dinanti-nantikan!
Berita gembira ini juga pada mulanya dirahsiakan daripadanya kerana mereka ingin melihat reaksi wanita itu. Ternyata, kebahagiaan terpancar di wajahnya selepas diberitahu bahawa dia telah hamil dan penantian selepas 13 tahun turut berakhir pada ketika itu.
BAHASA:
Dia memulakan rawatan 24 hari lalu dan telah disahkan mengandung hari ini selepas 13 tahun menunggu dan mencuba. Sebenarnya kita semua tahu sejak pagi tadi bahawa dia mengandung. Kami tidak memberitahu dia dahulu kerana kami mahu melihat bagaimana dia bertindak balas terhadap berita itu. Dia belum memeriksa UPT selama 3 tahun yang lalu kerana ianya tidak pernah positif.
Berikut merupakan reaksi pengguna Instagram yang lain selepas menonton video menyentuh hati ini: