seismik

[VIDEO] Game The Detectives Buat Bront Palarae & Fikry Ibrahim Pecah Kepala Selesaikan Kes

Setiap episod The Bridge Season 2 akan ditayangkan pada setiap hari Isnin pukul 9 malam di Viu Malaysia.

Cover image via SAYS Seismik

Selepas menempa kejayaan dalam musim pertama, siri asli The Bridge kini kembali untuk musim kedua yang ditayangkan di platform penstriman Viu

Mengisahkan pembunuhan kejam yang berlaku di Malaysia dan Indonesia, musim baru kali ini disulami dengan tema rasuah, dendam dan berlatarbelakangkan dunia gelap yang sinonim di rantau Asia.

Diarahkan pengarah, TJ Lee, The Bridge musim kedua ini sudah mula ditayangkan sejak 15 Jun lalu, setiap episod pula akan ditayangkan pada setiap hari Isnin pukul 9 malam dengan 10 episod.

Namun begitu, baru-baru ini team SAYS Seismik sempat menemubual dua pelakon kacak The Bridge Season 2 melalui video call

Pelakon berkenaan ialah Bront Palarae dan Fikry Ibrahim yang turut juga bermain dalam satu game iaitu 'The Detectives'.

Image via SAYS Seismik

Mereka akan menjadi detektif dalam game tersebut dan harus mengenal pasti lokasi kejadian berdasarkan klu-klu yang akan diberikan.

Setiap seorang boleh menanyakan satu soalan pada setiap klu-klu yang diberikan dan jawapan diberikan adalah sama ada ya atau pun tidak.

Tonton video penuh temu bual dan game yang dimainkan oleh mereka di bawah:

Aksi lucu dan telatah mereka ketika bertanyakan soalan ternyata menghiburkan, malah di akhir jawapan yang diberikan juga mengejutkan

Image via SAYS Seismik

Kalau nak tahu kesudahannya bagaimana dan siapakah yang berjaya meneka lokasi kejadian dengan betul? Jangan lupa tonton video ini sampai habis ok.

Dalam pada itu, sekiranya anda terlepas The Bridge Season 1 boleh terus ke www.viu.com untuk tontonan secara percuma. Boleh dapatkan aplikasi Viu di Google Play atau App Store sekarang!

Tonton The Bridge Season 2 pada setiap hari Isnin pukul 9 malam di Viu Malaysia.

Sediakan popcorn okay dan selamat menonton!

Image via Viu Malaysia

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik