[VIDEO] Tikus Ditemui Berkeliaran Di Rak Roti, Tesco Setia Alam Terpaksa Tutup 2 Hari
Kerja pembersihan telah dilakukan di pasar raya Tesco tersebut.
Baru-baru ini, viral sebuah video di mana kelihatan seekor tikus berkeliaran di rak roti pasar raya Tesco, Setia Alam
Dua video yang disiarkan pada hari Isnin, 16 Julai, memperlihatkan seekor tikus yang agak besar berlari-lari di sekitar rak roti pasar raya tersebut sebelum kembali bersembunyi. Malah, salah satu video tersebut telah mendapat lebih daripada satu juta tontonan di laman Facebook sejak hari Isnin yang lalu.
Nak beli roti kat Tesco? Think again.. Well ni kat Tesco Setia Alam. Bila jumpa and report dengan orang Tesco, jawapan diorang:
"1 tesco ada tikus bang. Memang macam tu.."
Video yang viral tersebut telah berjaya dirakam oleh seorang wanita yang sedang membeli-belah di pasar raya tersebut bersama anaknya.
Tambah lagi, menurut perkongsian yang dikeluarkan oleh Alia Ismail di laman Facebook, beliau berkata telah membuat aduan kepada pihak Tesco namun pihak mereka mengatakan pasar raya tersebut telah dicemari dengan adanya haiwan perosak itu.
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Free Malaysia Today, Alia kemudiannya melaporkan kes itu kepada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan Jabatan Kesihatan.
Ini merupakan salah satu klip video yang telah viral di media sosial:
Cawangan Tesco tersebut telah ditutup pada hari Selasa dan akan dibuka semula pada awal hari ini, 19 Julai 2018
Alia juga menulis bahawa kawasan bakeri yang terjejas telah dibersihkan, dan pasar raya itu juga telah melakukan kerja-kerja pembersihan yang menyeluruh di setiap kawasan. Selain itu, pihak Tesco juga telah membuang semua barangan bakeri yang telah dipamerkan dalam video tersebut.