seismik

[VIDEO] Treler Hilang Kawalan Rempuh Kereta Sepanjang Jalan Di Woodlands Kini Disiasat

Pemandu lori itu telah ditangkap.

Cover image via @AfiezyAzaman (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, sebuah insiden yang mengejutkan telah berlaku di jalan Checkpoint Woodlands

Kemalangan yang melibatkan treler dan beberapa buah kereta berlaku akibat kecuaian pemandu treler. Kejadian itu menyebabkan kesesakan lalu lintas di lorong jalan menuju ke Checkpoint Woodlands. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Treler itu mungkin mengalami masalah brek

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah treler hilang kawalan lalu merempuh beberapa kereta di sepanjang jalan itu. Salah satu kereta dilihat tersepit antara dua kenderaan.

Perkara ini sangat mengejutkan ramai apabila treler itu tidak berhenti dan masih bergerak sehingga ke depan.

Menurut sumber, kemalangan ini menyebabkan tiga lorong di tambak itu terhalang. Pihak Immigration and Checkpoints Authority (ICA) Singapura menasihatkan bahawa sesiapa yang ingin memasuki Singapura sebaiknya mendapatkan update terkini supaya tidak berhadapan dengan kesesakan. 

"Ya Allah, boleh trauma" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 119K tontonan, 1K retweets dan 1K tanda suka di Twitter, rata-rata netizen turut berang. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:

Kes ini sedang disiasat dan pemandu treler yang berumur 34 itu telah berjaya ditangkap.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: