seismik

[VIDEO] Wanita Ini Bidas Netizen Kenapa Tak Tegur PM Bila Pakai Baju Batik Tempatan

Netizen sepatutnya bangga produk atau jenama lokal batik tempatan turut dipakai oleh PM.

Cover image via @mamact_raifili (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kecoh isu Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob bila mengenakan sehelai pakaian mewah dengan harga mencecah RM7,000 baru-baru ini

Hal ini menyebabkan perdebatan hangat antara netizen ekoran kegawatan ekonomi Malaysia yang melanda sekarang.

Dalam masa sama, ada kenyataan daripada netizen yang menyarankan PM sepatutnya membanggakan produk atau jenama lokal seperti pemakaian batik tempatan.

Isu tersebut telah menarik perhatian pengasas jenama Raifili, Siti Fitryah Harun, 32, secara langsung menepis dakwaan netizen di akaun TikTok peribadinya, MamaCT RAIFILI bahawa dakwaan netizen yang mempersoalkan Ismail Sabri terlalu mengagungkan jenama mewah antarabangsa adalah kurang tepat.

Tonton video penuh yang dimuat naik Siti Fitryah di akaun TikTok peribadinya:

@mamact_raifili dia pakai jaa?? korg pertikai yg mahal ja? #fyp #kisahrakyat original sound - MamaCT RAIFILI

Sebaliknya, Siti Fitryah mengganggap PM seorang yang berjiwa Melayu dan bangga dengan rekaan anak tempatan.

Buktinya, pemakaian batik Raifili menjadi pilihan beliau ketika sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) yang berlangsung di Melaka pada hujung Mei lalu.

"Harganya pula jauh lebih murah daripada pakaian jenama mewah seperti yang tular itu," pintas pengasas Raifili itu.

Bangga melihat PM sendiri sudi menyokong dan menggunakan jenama tempatan batik moden

Menurut Siti Fitryah lagi, perasaan teruja dan bangga apabila melihat Dato Sri Ismail Sabri sendiri sudi menyokong dan menggunakan jenama tempatan Batik moden.

Malah mereka sendiri turut menyahut seruan kerajaan untuk menggalakkan lebih ramai menghargai batik.

"Susulan itu, Kempen 1 Juta Batik Percuma kepada satu juta penjawat awam di Malaysia telah pun diperkenalkan. Setakat ini sudah lebih 300,000 penjawat awam sudah menebus batik percuma menerusi kempen ini.

"Usaha dan amal kecil ini memberi semangat untuk kami memperkenalkan jenama ini sekaligus dapat membantu memartabatkan pemakaian batik moden Malaysia dalam kalangan penjawat awam dan masyarakat Malaysia.

"Penjawat awam boleh menebus batik percuma melalui pengedar sah Raifili atau di laman sesawang https://1jutabatikpercuma.raifili.com

"Cara-cara menebus batik ini juga ada di pautan berkenaan. Terima kasih juga untuk rakyat Malaysia yang masih lagi sedar akan kepentingan memartabatkan jenama tempatan dan pemakaian batik dalam kalangan rakyat," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: