seismik

Walaupun PKP Tamat, 7 Personaliti Yang Rakyat Malaysia Baru ‘Discover’ Ini Akan Diteruskan

Selain belajar kemahiran baru, ada juga yang belajar untuk mulakan hobi baru.

Cover image via Oh Bulan!

Artikel ini ditaja oleh Spritzer.

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lepas, ramai yang share idea dan aktiviti menyeronokkan boleh dibuat sepanjang tempoh PKP di laman media sosial

Selain mempelajari kemahiran baru, ada juga yang discover personaliti dan hobi baru sehinggakan tak sangka anda juga hebat dalam melakukannya.

Admin yakin jika diteruskan walaupun PKP bakal tamat nanti pun lagi bagus. Jom, admin kongsikan tujuh (7) daripadanya:

1. Chef wannabe

Sebelum PKP, tak semua daripada kita pandai memasak atau dalam erti kata lain, malas sebab leceh nak sediakan bahan mentah, potong-potong kemudian ambil masa sedikit lama untuk memasak.

Tapi, nak tak nak kita kena masak sebab semua orang kena berada di rumah dan masak apa yang ada. Maklumlah, restoran di luar semuanya tutup.

Sebenarnya, tak susah pun nak masak. Cuma tengok video tutorial di Facebook, dah jadi masakannya.

Tak sangka, ramai juga yang pandai masak rupanya. Tengok jelah group Facebook Masak Apa Hari Ini (MAHN) atau Suami Masak Apa Hari Ini?, macam-macam menu orang share setiap hari.

2. Fitness Freak

Bila bosan dah takda apa nak buat kat rumah, ramai juga rupanya berazam nak capai bentuk badan ideal yang diidamkan 5 tahun lepas. Haha! Rajin admin tengok ramai yang update tengah lakukan senaman di rumah.

Buat yang simple pun dah cukup sebenarnya bagi bakar lemak tepu. Habis PKP ini, confirm masing-masing langsing dan dapat bakar lemak lemang dengan rendang masa raya itu hari.

3. The Next Eric Leong

Siapa pernah tengok ‘Deco Bersama Eric’ suatu ketika dulu mesti faham. Waktu PKP ni, ramai juga yang admin tengok nak jadi the next Eric Leong.

Masing-masing bersemangat nak deko bilik atau rumah, tak kiralah pasangan suami isteri atau yang duduk bersendirian.

Dari bilik yang bersepah dan nampak sempit, jadi luas serta lapang. Dari bilik yang kelihatan gelap pula, kini makin terang.

Malah, bermacam-macam tema dan gaya anda padankan dengan kreativiti serta susunan dan pilihan perabot dekat rumah itu.

4. Hatta Dolmat, Rizman Ruzaini seterusnya?

Image via Facebook

Kita ni kalau baju atau seluar koyak sikit mesti hantar tukang jahit. Sebab tak ramai di antara kita ada kemahiran menjahit.

Tapi, sejak-sejak PKP dan ada banyak masa terluang, ramai juga yang belajar menjahit pakaian ya.

Ada yang belajar menyulam untuk dijadikan hiasan pada baju, beg dan sebagainya. Menyulam ni memang menguji kesabaran. Kena teliti, sabar dan fokus, kalau tak lain jadinya nanti.

5. Petani moden

Macam yang anda tahu, masal awal tempoh PKP dilaksanakan, susah nak dapatkan bahan memasak seperti daging, ayam, sayur dan sebagainya sebab tak banyak kedai buka.

Admin salute bila tengok ada yang tanam sayur sendiri tepi rumah.

Sebenarnya, tanam sayur sendiri boleh isi masa lapang dan sayur yang dipetik lebih segar serta dipercayai kerana ia ditanam sendiri oleh anda di rumah. Admin pun rasa terinspirasi untuk tanam sawi tepi rumah lepas ni.

6. Nak jadi macam Leonardo da Vinci

Image via Mohamad Ismail

Bagi pencinta seni, tempoh PKP ini adalah waktu yang sangat sesuai untuk korang tajamkan skill melukis.

Ramai admin tengok berkongsi hasil kerja seni masing-masing di Twitter dan Instagram. Tak cukup dengan itu, ada juga yang siap ambil upah lukis karikatur orang lain masa PKP ni. Buat duit betul.

7. Peminat K-drama

Bagi peminat drama Korea, tempoh PKP ni memang anda bantai habis tengok semua drama Korea yang ada.

Bagi yang belum pernah dan baru nak tengok ketika tempoh PKP ni, admin nasihat awal-awal tiada pusingan u-turn ya!.

Image via Facebook

Tempoh PKP nilah waktu paling sesuai untuk anda layan segala genre drama Korea yang ada. Akhirnya, daripada tak minat drama Korea, jadi peminat fanatik dan kalau boleh setiap minggu mesti habiskan satu musim drama Korea yang berbeza!

Bila dah jadi peminat fanatik, automatik kawan-kawan gelar anda ‘Korea expert‘ kan? Style fesyen pun lebih kurang macam orang Korea. Silap-silap ada kawan yang suruh ajar diorang pakai style Korea. Kalau perempuan tak payah cakaplah, semua jenama kosmetik yang trending kat Korea semua dia tahu.

Lagi best bila anda jadi ‘Korea expert‘ ni, kalau ada kawan nak travel Korea korang boleh suggest diorang tempat menarik yang boleh dilawati dan makanan unik yang boleh dicuba sebab korang faham budaya kat sana. Mana taknya, dah banyak tempat menarik dekat Korea jadi lokasi penggambaran filem atau siri Korea popular kan?

Spritzer BonRica Hydrate Day muncul dalam drama A Piece of Your Mind

Siapa tengok drama Korea, mesti perasan ada jenama terkenal tempatan, Spritzer BonRica Hydrate Day muncul dalam drama Korea popular, A Piece of Your Mind.

Dibintangi oleh Jung Hae-in, Chae Soo-bin dan ramai lagi pelakon Korea popular, A Piece of Your Mind mengisahkan percintaan pemprogram komputer dengan jurutera muzik klasik. Drama yang mula ditayangkan bermula 12 Mei lalu di saluran 8TV ini kini masih boleh ditonton setiap Isnin dan Selasa pada jam 10:30 malam.

Sumber hidrat terbaik

Image via Spritzer

Untuk pengetahuan anda, Spritzer BonRica Hydrate Day adalah sumber penghidratan sempurna untuk anda yang menjalani gaya hidup sihat dan kekal aktif sepanjang hari.

Kalau korang belum tahu, badan kita sentiasa dihidrat melalui peluh, air kencing biarpun berada dalam persekitaran yang sejuk dan berhawa dingin, #KeSanaKeSini untuk membeli barang, kerja keras dan sebagainya. Malah, minum air yang sekadar mencukupi masih tidak mencukupi untuk menyelesaikan masalah dihidrasi tanpa bantuan Spritzer BonRica Hydrate Day.

Dapatkan Spritzer BonRica Hydrate Day hari ini di Mynews, Carltex, Petron, Petronas, Supermarket dan Hypermarket berhampiran anda. Ingat, setiap hari adalah BonRica Day!

Artikel di atas dipetik daripada portal OHBULAN! dan diterbitkan semula oleh SAYS Seismik.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: