Bila Anak-Anak Sibuk Nak Ikut Sekali Tangkap Gambar ‘Pre-Convo’ Dengan Ibu. Serius Comel!
Serius rare! Tak pernah dibuat orang.
Majlis konvokesyen sememangnya amat dinanti-nantikan oleh para graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka
Masa ini, dapat dilihat riak muka gembira dan bangga terpancar di setiap muka para siswa dan siswi. Mana tidaknya, pada masa inilah segala penat-lelah, hasil keringat, tidak cukup tidur menyiapkan kerja kuliah semasa belajar dahulu terbalas.
Dalam pada itu, skrol pengajian juga dapat dijadikan hadiah paling berharga buat ibu bapa dan keluarga yang tentunya bangga dengan pencapaian mereka.
Pada mereka yang mengikuti trend semasa, tentunya sudah biasa dengan istilah 'pre-convo' di mana para graduan akan mengambil foto di kawasan-kawasan hot-spot sebelum hari konvokesyen
Selalunya, pre-convo ini melihatkan para graduan berfoto bersama rakan-rakan.
Masa inilah dapat lihat kreativiti graduan bergambar dengan pelbagai tema yang awesome habis.
Bagaimanapun, berbeza dengan graduan lain apabila wanita ini bergambar bersama suami dan anak-anak untuk foto pre-convo mereka dan hasilnya memang sangat wow!
Foto tersebut dikongsikan oleh jurugambar, Syahmi Azhari menerusi laman Twitter miliknya, semalam. Setakat artikel ini ditulis, foto tersebut mendapat lebih 700 ulang kicau dan juga lebih 1,000 tanda suka.
"Nak pre-convo tapi anak-anak nak ikut sekali. Few outcomes setelah beberapa kali pujuk Ayden (paling kecik) untuk posing," tulisnya.
Lihat hasil gambar di bawah:
Susulan itu, ramai warga Twitter memuji kreativiti keluarga tersebut malah ada yang mendapat ilham untuk berbuat perkara sama semasa majlis konvokesyen mereka kelak
Tidak dinafikan bahawa foto pre-convo tersebut memang lain dari yang lain
Tidak mustahil untuk masa akan datang, akan ada yang akan mengikut idea tersebut. Tapi... apa salahnya kan?