Wanita Balik Kerja Kecewa Tayar Keretanya Hilang Kena Curi Di Parking Stesen LRT3
Wanita itu berkongsi gambar keretanya ditahan menggunakan blok konkrit.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Seorang wanita terkejut apabila mendapati dua tayar keretanya telah dicuri semasa ditinggalkan di tempak letak kereta stesen LRT3 Bandar Bukit Tinggi di Klang pada Selasa lalu, 18 Ogos
"Just came back from work to find my car tyre kena curi like this? By the way, I parked at LRT3 Bukit Tinggi. I even paid for the parking this morning. Memang tak ada orang jaga ke? Korang yang nak park sini, jaga-jaga lah ya," tulis wanita itu, @nanijismani, di Threads.
Dia kemudian menjelaskan bahawa hanya dua roda yang berjaya dicuri, sementara terdapat juga percubaan untuk menanggalkan roda hadapan-kiri.
Katanya, kereta tersebut memiliki rim standard kilang dan dilengkapi kamera keselamatan yang dipasang, tetapi ia tidak merakam secara berterusan.

Dalam satu perkongsian susulan Khamis lalu, 20 Ogos, wanita itu memaklumkan suspek yang dipercayai terlibat dalam kecurian itu telah ditangkap oleh polis
Dia turut memaklumkan tayar yang dicuri telah ditemui semula, tetapi rim telah pun dijual oleh suspek.
"Terima kasih kepada PDRM Klang sebab bertindak pantas dalam menjalankan siasatan sehingga berjaya menangkap suspek," tulisnya.
Wanita itu juga mengucapkan penghargaan kepada kakitangan Rapid KL di balai Bandar Bukit Tinggi dan polis bantuan yang membantunya pada hari kejadian.
Menurutnya, dia kini berurusan secara langsung dengan pihak pengurusan tempat letak kereta mengenai pampasan atas kejadian itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via