seismik

Wanita Kena Tikam 8 Kali Dengan Penyamun Warga Asing Ketika Kerja Sendirian Di Kedai

Difahamkan, kejadian berlaku di sebuah kedai menjual aiskrim di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Cover image via Polis (IPD) Shah Alam

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, gempar kes seorang wanita ditikam sebanyak 8 kali semasa menjaga kedai seorang diri

Wanita melayu berumur 21 tahun itu merupakan pekerja di sebuah kedai menjual aiskrim di Taman Sri Muda, Shah Alam. Sementara menunggu pekerja lain untuk masuk bertugas, dia didatangi oleh seorang lelaki tidak dikenali di kedainya.

Pada 12 Ogos 2024 jam lebih kurang 11.40 pagi, pihak Polis telah menerima laporan berkaitan kejadian tersebut daripada abang kepada mangsa yang merupakan satu lelaki melayu berumur 36 tahun bekerja sebagai pemandu Grab.

Ditikam 8 kali menggunakan pisau pemotong kertas

Melalui video CCTV yang tular, keadaan premis itu lengang dan mangsa berada di bahagian dapur. Suspek pada mulanya dilihat berada di depan kaunter sebelum menyerang mangsa dengan senjata tajam. Mangsa cuba melawan dan melarikan diri namun suspek terus mengejar. 

Lihat posting itu di bawah:

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: