seismik

"Ya, Jajan Itu Tidak Elok. Tapi Biadap Itu Jauh Lebih Tidak Molek. Mana Pergi Adab?"

Janganlah buat macam tu. Itu kan makanan.

Cover image via Chris Lim

Sebut saja jajan, rata-rata rakyat Malaysia sememangnya rasa dekat dengan makanan ringan ini yang sering dibuat kudap-kudapan

Image via Toluna

Selain senang didapati, jajan mempunyai rasa yang enak dan dijual pada harga yang murah. Jajan juga sering dijadikan buah tangan di majlis-majlis seperti jamuan hari lahir, majlis perkahwinan, rumah terbuka dan sebagainya.

Walaupun begitu, terdapat juga sesetengah orang yang tak makan langsung jajan dan menganggap makanan ringan ini tidak memberi apa-apa faedah dari segi kesihatan. Maka wujudlah golongan "anti-jajan".

Sebuah status telah viral di FB mengenai seorang ibu yang menyatakan pendiriannya sebagai seorang yang "anti-jajan" sehingga sanggup membuang makanan ini ke dalam tong sampah

Image via Penang Monthly

Nor Azlin Kamarudin dengan tegasnya menyatakan pendiriannya sebagai seorang yang "anti-jajan" dan mengaku akan membuang makanan ringan tersebut ke dalam tong sampah kerana makanan itu tidak memberikan sebarang kebaikan mahupun khasiat kepada tubuh badan.

Tambahnya lagi, beliau mendidik anak-anaknya sejak dari kecil untuk tidak mengambil sebarang makanan ringan dengan menyatakan bahawa makanan itu adalah sejenis 'mainan'. Sehingga kini, anak-anaknya langsung tidak mengambil makanan ringan malah akan memijak atau bermain dengannya kerana menganggap ianya adalah sebuah mainan dan bukannya makanan.

Beliau turut mempertikai budaya menyambut hari lahir anak di sekolah yang menyediakan goodie bags berisi jajan sebagai buah tangan

Baca status penuh di bawah:

Walaupun perkongsian itu menimbulkan kemarahan segelintir netizen, ramai juga ibu bapa yang menyokong Nor Azlin dan bersetuju dengan tindakannya

Hari ini pula viral satu post yang seolah-olah mengulas kenyataan dan respon ibu bapa terhadap post "anti-jajan" tersebut

Walaupun post yang viral semula ini dimuatnaik pada 8 November tahun lalu, isi di dalamnya seakan-akan memberi respon terhadap status Nor Azlin yang ditulis minggu lepas.

Status dari Norhayati Paradi ini menyatakan bahawa ramai ibu bapa berasa bangga apabila membuang jajan ke dalam tong sampah sekiranya terjumpa dalam beg anak mereka.

Memang benar makanan itu bukanlah makanan yang sihat, tetapi di manakah adab ibu-ibu dengan makanan tersebut?

Bagi beliau, itu bukanlah cara yang betul untuk mendidik anak-anak untuk tidak mengambil makanan ringan.

Menurutnya lagi, ada juga ibu bapa yang bangga apabila anak mereka menolak pemberian jajan daripada datuk, nenek, atupun ibu bapa saudara mereka

Malah lebih bangga sekiranya anak mereka menolak ke tepi sambil mengatakan makanan tersebut tidak baik untuk kesihatan.

Tidak pernahkah mereka terfikir perbuatan tersebut secara tidak langsung akan menjatuhkan air muka dan mengguris perasaan si pemberi?

Baca status penuh di bawah:

Post beliau itu sebenarnya hanya mahu menekankan tentang adab terhadap makanan walaupun sekadar makanan ringan

Janganlah menghina makanan kerana itu merupakan rezeki daripada tuhan. Jangan didik anak untuk tidak mengambil makanan ringan tetapi lupa tentang adab terhadap makanan.

Image via kisahdunia.com

Simpan dan berikan kepada mereka yang lain. Itu lebih baik. Boleh dapat pahala! :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi tentang makanan:

You may be interested in: