ZUS Coffee Raih Pengiktirafan World Branding Awards Buat Tahun Kedua Berturut-Turut

Tidak terhenti di rantau Asia, ZUS Coffee bakal menembusi pasaran Eropah dengan pembukaan cawangan di United Kingdom (UK) pada Januari 2027.

Cover ImageCover image via ZUS Coffee

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rangkaian jenama kopi berteraskan teknologi tempatan yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara, ZUS Coffee, terus melakar sejarah dan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa apabila dinobatkan sebagai Jenama Terbaik Tahun Ini (Brand of the Year) dalam kategori Peruncit (Kopi), Peringkat Kebangsaan pada majlis berprestij World Branding Awards 2026–2027 yang berlangsung di Hampton Court Palace, London, United Kingdom pada 3 November lalu

Kemenangan gemilang itu menandakan pencapaian luar biasa ZUS Coffee buat tahun kedua berturut-turut, sekali gus membuktikan penerimaan kukuh pengguna, kesetiaan pelanggan, serta kedudukan jenama berkenaan yang semakin mendominasi pasaran serantau. Pengiktirafan ini juga menjadi bukti nyata komitmen dan dedikasi seluruh warga kerjanya yang sentiasa memainkan peranan penting dalam memacu kejayaan syarikat setiap hari.

Pemenang bagi anugerah bertaraf dunia ini dipilih menerusi proses penilaian yang amat ketat merangkumi beberapa peringkat utama, termasuk penilaian nilai jenama (brand valuation), penyelidikan pasaran pengguna, serta undian awam secara dalam talian. Kategori Peringkat Kebangsaan secara khusus mengiktiraf jenama-jenama terkemuka di negara masing-masing berdasarkan prestasi cemerlang serta penguasaan kukuh mereka dalam industri tempatan.

SAYS.com
Image via ZUS Coffee

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ZUS Coffee, Venon Tian berkata, sejak memulakan langkah pertama sebagai sebuah kios kecil di Kuala Lumpur pada tahun 2019, perjalanan syarikat sepanjang tujuh tahun ini sememangnya melangkaui jangkaan awal mereka.

"Ketika mula bertapak dahulu, kami tidak mempunyai semua jawapan untuk segalanya, namun kami sentiasa berpegang teguh pada satu prinsip asas, iaitu kopi berkualiti tidak seharusnya menjadi satu kemewahan, sebaliknya sesuatu yang mampu dinikmati oleh semua orang," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau turut menyifatkan pencapaian hari ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa sokongan padu daripada pasukan kerja, para pelanggan, serta semua rakan strategik yang sentiasa bersama jenama tersebut. Tambahnya, anugerah berprestij itu menjadi peringatan bermakna buat seluruh warga ZUS Coffee untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik dengan sepenuh hati, selari dengan semangat seorang Zuristar.

ZUS Coffee telah melebarkan sayapnya secara meluas dengan mengoperasikan lebih 1,000 cawangan merentasi tujuh buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, Brunei, Thailand, Pakistan, dan Indonesia

Dengan memanfaatkan ekosistem teknologi menerusi aplikasi mudah alih ZUS, jenama ini berjaya mentransformasikan cara masyarakat menikmati kopi istimewa setiap hari sambil terus memperluaskan rangkaian produk dan menambah baik pengalaman pelanggan mengikut keperluan semasa.

Setakat ini, ZUS Coffee telah melebarkan sayapnya secara meluas dengan mengoperasikan lebih 1,000 cawangan merentasi tujuh buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Filipina, Brunei, Thailand, Pakistan, dan Indonesia. Tidak terhenti di rantau Asia, ZUS Coffee bakal menembusi pasaran Eropah dengan pembukaan cawangan di United Kingdom (UK) pada Januari 2027, sekali gus menandakan fasa baharu pengembangan jenama tempatan dalam industri makanan dan minuman (F&B) global yang semakin kompetitif.

Selain menyesuaikan tawaran menu mengikut keunikan cita rasa dan budaya setempat di setiap negara tanpa mengabaikan konsistensi kualiti, kekuatan produk ZUS Coffee turut disokong oleh adunan biji kopi eksklusif yang dirumus khas. Hasilnya, dua minuman paling larisnya iaitu Spanish Latte dan CEO Latte masing-masing berjaya mencatatkan jualan luar biasa melebihi 46 juta dan 13 juta cawan di seluruh dunia.

Berbekalkan matlamat untuk terus menjadi peneraju perubahan dalam industri kopi berteraskan teknologi, ZUS Coffee kekal komited membawa pendekatan jenama Malaysia yang sentiasa berinovasi dalam aspek kualiti kopi, kemajuan digital, dan pengalaman pelanggan ke pentas dunia.

SAYS.com
Image via ZUS Coffee

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

SAYS.com
Image via SAYS SeismikImage via
Read more trending stories on SAYS