"Ijazah Ini Hadiah Untuk Arwah Ayah" - Anak Perempuan Mr Os Kini Bergelar Doktor. Syabas!
Menurutnya, dia menganggap apa yang berlaku sebelum ini sebagai pemangkin semangat untuk terus maju dalam bidang perubatan.
Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid merupakan pelawak terkenal tanah air yang telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Selayang pada tarikh 8 April 2016 akibat kanser paru-paru
Image via Astro Awani
Arwah telah meninggalkan seorang isteri dan juga dua orang anak. Anak sulungnya yang dikenali sebagai Syafiqa Hayra baru-baru ini telah berjaya mencapai kejayaan yang diingini oleh arwah bapanya iaitu untuk bergelar seorang Doktor.
Alhamdulillah, tercapai jua cita-cita yang sekian lama diimpikan.
Menurut laporan, Syafiqa juga berkata bahawa ijazah ini dihadiahkan buat arwah bapa kesayangannya.
Image via Instagram @syafiqahayra
Tahniah, Dr Syafiqa Hayra.
Menurut Syafiqa, dia menganggap bahawa apa yang berlaku sebelum ini dijadikan sebagai pemangkin semangat untuk terus maju dalam bidang perubatan
Image via Instagram @syafiqahayra
Namun begitu, dia berasa sedih kerana arwah ayahnya tidak sempat untuk melihat pencapaian dan kejayaan yang diperoleh sehingga hari ini.
Beliau juga berkata, "Alhamdulillah ijazah ini amat besar maknanya kepada saya dan terima kasih kepada arwah ayah serta keluarga yang sering memberi semangat untuk saya meneruskan cita-cita.
"Arwah selalu berpesan supaya saya menjadi seorang doktor yang akan berbakti kepada masyarakat dan berkhidmat kerana Allah.
"Banyak cabaran dan rintangan yang saya lalui sepanjang belajar di Mesir tetapi orang tua saya tidak pernah berputus asa memberi galakan," tambahnya.
Image via Orang Perak
Menurut laporan yang dipetik oleh Astro Awani, Syafiqa juga berkata, “Saya sudah tetapkan pada diri, setiap pahala yang diperoleh akan disampaikan kepada ibu (Rahayu Muhamed Nadzir) dan arwah ayah,” katanya yang masih menunggu tempat untuk melaksanakan latihan perubatan (houseman).
Mulianya hati seorang anak seperti Dr Syafiqa ini.
Apabila beliau menceritakan kembali, beliau berasa sedih dan terkilan kerana tidak sempat untuk menemui arwah ayahnya sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir
Anak mana yang tidak terkilan jika saat-saat akhir orang tuanya adalah tanpa mereka di sisi bukan?
Sama juga seperti apa yang dirasai oleh Syafiqa ketika dia gagal untuk pulang sebelum arwah ayahnya meninggal. Menurutnya, dia mahu pulang sebelum mayat dikebumikan namun tidak sempat kerana tiada penerbangan dari Mesir pada ketika itu.
Image via Instagram @syafiqahayra
Semoga arwah Mr Os tenang di sana.
Apa pun, kami team SAYS Seismik mengucapkan tahniah buat Dr Syafiqa Hayra kerana berjaya mendapatkan segulung ijazah kedoktoran di Mesir
Image via Instagram @syafiqahayra
Perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment