Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Pilot Jumpa & Beri Kata-Kata Semangat Bila Dapat Tahu Ada Penumpang Warga Palestin

Dia masih lagi nampak tenang walaupun tengah kongsi perasaan sedih tentang keadaan di Palestin sekarang.

Cover image via @mahmoud_abdallall (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika terjumpa atau terserempak dengan sesiapa sahaja warga Palestin, sudah pasti kita akan menegur dan memberi mereka kata-kata semangat atas apa yang telah berlaku

Dengan apa yang berlaku kepada negara mereka, sudah pasti terlintas di hati kita untuk tunjukkan rasa prihatin jika bertemu dengan warga Palestin.

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok memaparkan seorang juruterbang menegur dan memberi kata-kata semangat kepada seorang penumpang lelaki warga Palestin.

Menerusi video tersebut, juruterbang tersebut dilihat melutut, bersalaman dan memeluk lelaki itu sambil berkongsi perasaan sedih melihat keadaan di Palestin ketika ini.

Apa yang mengejutkan adalah apabila lelaki tersebut memberitahu bahawa 15 ahli keluarganya telah syahid termasuk empat orang anaknya dan mengatakan mereka sedang bahagia di syurga Firdaus.

Image via @mahmoud_abdallall (TikTok)

"Kalau saya jumpa orang Palestin, saya confirm menangis, peluk, minta maaf" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 9.4M views, 1.1M likes dan 7.7K shares.

Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen terhadap video berkenaan.

Berikut di bawah merupakan antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @mahmoud_abdallall (TikTok)

Image via @mahmoud_abdallall (TikTok)

Image via @mahmoud_abdallall (TikTok)

Lihat video tersebut di bawah:

Tak dapat bayangkan perasaan ramai ahli keluarga meninggal semasa perang :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment