Rider Bersolidariti Pakai Baju 'Tembikai', Sekali Kena Tegur Rupa-Rupanya Baju Muslimah
Kami yang lelaki ni manalah tahu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Solidariti untuk Palestin yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia dilihat sangat kuat hari demi hari
Mereka berusaha sehabis baik bagi menghadirkan solidariti masing-masing dengan pelbagai cara seperti mengibarkan bendera Palestin sehinggalah memberi bantuan kewangan.
Itulah yang ditunjukkan oleh seorang rider Grab, @grab_nizam di laman TikTok miliknya. Dia dengan yakin telah menunjukkan baju yang dipakainya kepada orang ramai membawa simbol solidariti terhadap rakyat Palestin.
Namun begitu, apa yang menghiburkan adalah apabila lelaki itu berkongsi bagaimana dia ditegur oleh seorang customer perempuan memberitahu bahawa baju yang dipakainya sebenarnya baju untuk Muslimah.
Image via @grab_nizam (TikTok)
"Bang aku gelak bukan dekat baju kau, aku gelak sebab kau gelak hahaha" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut di TikTok, ia telah meraih sehingga 581K views, 34K likes dan 5K comments.
Menerusi tinjauan di bahagian komen, pelbagai reaksi diberikan netizen yang rata-ratanya terhibur dengan perkongsian berkenaan.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen:
Image via @grab_nizam (TikTok)
Image via @grab_nizam (TikTok)
Image via @grab_nizam (TikTok)
Lihat video tersebut di bawah:
Dah beli kan, pakai sajalah :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment