Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

[VIDEO] Buah Hati Jauh Di Taiping, Bapa Steady Drive Dari KL Untuk Temankan Anak Dating

Sempoi betul bapanya.

Cover image via @remydamak (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap orang pasti pernah melalui zaman muda mereka, termasuklah ibu dan bapa kita

Macam-macam perkara yang kita telah lalui pada zaman muda, antaranya adalah bab percintaan. Tentu anda juga pernah merasainya betul tak? Tambahan lagi dengan kemajuan teknologi dan aplikasi yang ada, memang mudah untuk mengenali seseorang.

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang bapa sanggup memandu dari Kuala Lumpur (KL) ke Taiping demi menemani anaknya dating telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sempoi drive dari KL ke Taiping untuk teman anak

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang juga bapa berkongsi pengalamannya menemani anaknya untuk bertemu buah hati untuk pertama kalinya.

Difahamkan, anak lelakinya itu berkenalan dengan gadis tersebut melalui media sosial dan meminta izin daripada bapanya untuk berjumpa gadis tersebut.

Bercakap kepada SAYS, bapanya yang dikenali sebagai Mohd Jasni itu memberitahu dia sebenarnya risaukan keselamatan anaknya.

"Mulanya dia mintak kebenaran utk berjumpa pasangan dia tu bila masa rentas negeri dibenarkan, dia nak pergi dengan kawan dia tapi saya tak benarkan"

"Pertama risaukan keselamatan, pasal dia tak pernah jumpa kenalan dia tu, walaupun anak saya lelaki zaman sekarang ni macam-macam boleh jadi"

Kedua saya boleh kenal dengan teman wanita dia tu face to face dan boleh pantau supaya dia tidak buat perkara-perkara yang langgar agama," katanya.

Image via @remydamak (TikTok)

Image via @remydamak (TikTok)

Malah, bapanya itu siap berhubung sendiri dengan gadis berkenaan tentang perjumpaannya itu. Tambahnya, semua ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

"Jadi saya cuba santuni anak saya, baik kita yang hantar dia bole jugak kita pantau supaya dia tak buat bende yang tak elok"

"Ada masa kita marah, dia ada masa kita kene bermesra ngan anak macam kawan. Inshallah kasih sayang terjalin,” katanya.

"Wow, syok betul dapat ayah macam ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pandangan mereka sendiri selepas melihat video tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 65K views, 5,093 likes dan 602 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Image via @remydamak (TikTok)

Image via @remydamak (TikTok)

Image via @remydamak (TikTok)

Image via @remydamak (TikTok)

Image via @remydamak (TikTok)

Image via @remydamak (TikTok)

Sporting habis ayahnya. Semoga hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin ya :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment