Ini Sebab Lampu Isyarat Ada Yang Bernombor, Ada Yang Tidak

Jarang kita terpikir perkara sebegini.

Enlarge text
Cover ImageCover image via TikTok & DBKL

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lampu isyarat mesti mempunyai detik kiraan yang tetap demi menjaga trafik lalu-lintas

Tapi, pernahkah anda terfikir mengapa ada sesetengah lampu isyarat mempunyai kiraan detik dan ada yang tidak?

Malah lampu isyarat yang mempunyai kiraan detik yang lama pasti akan membuat anda mengeluh kerana ada sesetengah daripadanya boleh membuat anda menunggu dalam masa yang sangat lama.

Jawapan mudah adalah bahawa kiraan detik ini hanya berfungsi apabila jadual lampu isyarat telah ditetapkan.

SAYS.com
Image via Gem Car Central

Di setiap hubungan jalan raya, terutamanya di kawasan perumahan atau kawasan dengan trafik rendah, lampu isyarat biasanya mempunyai masa lampu hijau, kuning dan merah yang tetap mengikut waktu. Sistem ini telah mengetahui berapa lama masa yang perlu diambil untuk menghabiskan fasanya.

Sebab itu, kita selalu melihat lampu dengan kiraan detik di lintasan pejalan kaki, zon sekolah atau bandar menggunakan corak trafik yang tidak terlalu berbeza.

SAYS.com
Image via DBKL

Lampu isyarat moden dapat mengubah sendiri masanya

Kadangkala, ramai orang akan perasan lampu isyarat bertukar kepada hijau dalam masa yang sangat pantas. Ini adalah kerana sensor di lampu isyarat mendapati tiada trafik lain dan sebaliknya membenarkan anda bergerak terlebih dahulu.

SAYS.com
Image via mekanika

Selain itu, sensor tersebut juga akan melihat keadaan trafik menggunakan kamera untuk melihat jumlah kenderaan dan menukar arahan durasi mengikut situasi.

Dalam situasi ini, lampu isyarat yang mempunyai nombor detik tidak digunakan kerana boleh menyebabkan kecelaruan kepada pengguna jalan.

SAYS.com
Image via Led Vision Malaysia

Menambah lampu isyarat dengan paparan kiraan detik tidak semudah itu

Sistem ini memerlukan kalibrasi dengan pengawal trafik dan penyelenggaraan yang betul. Lampu isyarat lama pula memerlukan naik taraf baharu sebelum fungsi ini boleh ditambah dan ia akan menambah kos.

Manakala buat lintasan pejalan kaki pula, nombor yang ada di lampu isyarat boleh memberikan tempoh mudah buat pejalan kaki untuk memastikan mereka menghabiskan perjalanan melintas.

SAYS.com
Image via Omar Elsharawy/Unsplash

Banyak negara-negara lain mementingkan paparan kiraan detik buat lampu isyarat pejalan kaki terutamanya di kawasan bandar yang sangat ramai orang.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik