Isu Tular Senarai Top 10 IPTA, KPT Nafi Keluarkan Ranking Universiti Awam Terbaik
Difahamkan, data tersebut bukan data rasmi dan tidak pernah dikeluarkan KPT.
Cover image via Kementerian Pendidikan Tinggi & Kementerian Pendidikan Tinggi / FacebookFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) menafikan telah mengeluarkan senarai 10 Universiti Awam (UA) terbaik tahun 2025
Menurut KPT di Facebook, kandungan tersebut bukan daripada data rasmi kementerian dan tidak pernah dikeluarkan, disahkan atau diluluskan oleh pihak KPT.
Senarai UA yang terbaik berkenaan dikatakan menggunakan data berdasarkan kadar kebolehpasaran graduan tahun 2025 dengan menggunakan Jata Rasmi KPT dan Kajian Pengesanan Graduan 2025 dari portal rasmi KPT sebagai sumber adalah tidak disahkan secara rasmi.
"KPT memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang memaparkan senarai 10 UA terbaik berdasarkan kadar kebolehpasaran graduan tahun 2025 dengan menggunakan jata rasmi KPT serta merujuk kepada Kajian Pengesanan Graduan 2025 dan portal rasmi KPT sebagai sumber.
"Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat sahih hanya melalui saluran komunikasi rasmi KPT serta tidak berkongsi maklumat yang belum disahkan," katanya.

KPT tegas data tersebut bukan data rasmi dan tidak pernah dikeluarkan
KPT menegaskan kandungan tersebut bukan merupakan data rasmi KPT.
Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat yang sahih hanya melalui saluran komunikasi rasmi KPT dan tidak berkongsi maklumat yang belum disahkan.

KPT turut mengingatkan sebarang penggunaan data, laporan dan logo atau Jata Rasmi KPT memerlukan kebenaran daripada KPT.
"KPT turut mengingatkan bahawa sebarang penggunaan data, laporan, logo atau Jata Rasmi KPT bagi tujuan penerbitan, hebahan atau perkongsian kepada orang awam hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dan kelulusan rasmi daripada KPT bagi mengelakkan kekeliruan kepada pihak berkepentingan dan masyarakat," jelas KPT dalam kenyataan.
Perkara ini juga untuk mengelakkan kekeliruan daripada pihak berkepentingan dan masyarakat.
Sebelum ini di media sosial, tular poster senarai 10 UA terbaik berdasarkan kebolehpasaran graduan 2025.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


