Kompilasi Iklan Merdeka 2026 Sempena Hari Kebangsaan Yang Wajib Anda Tonton Tahun Ini
Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 dan Hari Malaysia 2026!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tahun ini rakyat Malaysia bakal menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 tahun sejak negara ini merdeka pada 31 Ogos 1957
Rakyat Malaysia patut bersyukur kerana negara kita masih aman dan damai tanpa penjajah.
Sudah menjadi tradisi bahawa setiap tahun akan ada iklan bersempena dengan Hari Merdeka. Tahun ini banyak menyajikan iklan-iklan yang menyentuh hati, mencuit hati dan paling penting penuh mesej bermakna.
Berikut di bawah adalah senarai dan kompilasi iklan merdeka tahun ini:
1. 'Saya Taula' dari BHPetrol
Iklan paling viral tahun ini. Menceritakan Malaysia dari lensa 'orang luar'.
Shakoor Rahman, seorang warga Bangladesh yang sudah lama bekerja di Malaysia, menunjukkan bahawa orang Malaysia lebih rapat, jauh berbeza daripada apa yang media sosial tunjukkan.
2. 'Nadi Inspirasi Kami' dari CelcomDigi
Video ini menunjukkan erti sebenar keindahan Malaysia. Malaysia lebih indah dengan 'suara' yang telah diwarisi terutamanya dalam membantu orang ramai tanpa mengira kaum atau asal usul.
3. 'Tin Sardin' dari Indah Water Konsortium Sdn Bhd
Filem pendek menceritakan sebuah keluarga Melayu di kampung yang hidup susah berniaga demi kelangsungan hidup. Seorang ibu perlu menjaga empat anaknya seorang diri selepas suaminya, seorang askar yang telah tumbang mempertahankan negara.

4. 'Generasi Malaysia' dari AmBank Group
Menunjukkan perspektif Malaysia yang kini telah banyak menggunakan kecerdasan pintar (AI) yang sedikit sebanyak memberi impak kepada orang Malaysia.
Tetapi adakah AI betul-betul mengubah Malaysia? Malaysia terlalu unik untuk berubah hanya kerana AI.
5. 'Jangan Kau Kata' dari Petronas
Iklan yang memberi penekanan kepada semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Stereotaip kepada setiap kaum telah menjadi satu norma yang sering diperkatakan tetapi iklan ini telah membawa perspektif berbeza.
Tradisi Malaysia tetap diteruskan tanpa mengira zaman dan tahun.
'Jangan Kau Kata' karya Sasterawan Negara Malaysia, Profesor Emiritus Dr. Muhammad Haji Salleh.
6. 'Cuba Dulu, Ceria Selalu' dari Lotus's Malaysia
Rakyat Malaysia selalu tidak terlepas dari Fear Of Missing Out (FOMO).
Iklan ini menceritakan semua rakyat Malaysia yang tidak terlepas dari sentiasa mencuba perkara baru dan menyokong satu sama lain.
7. 'Orang Kita' dari Farm Fresh, Dairy Produce
Menunjukkan satu keluarga yang riuh di pagi hari mahu pergi ke perarakan Hari Kemerdekaan.
Tiga orang sahabat bersama-sama membincangkan ragam kehidupan orang Malaysia.
Pengorbanan orang dulu-dulu patut dijadikan teladan untuk semua rakyat Malaysia agar merasai kemakmuran.
8. 'Ragam Kita' dari KWSPMalaysia
Malaysia tidak dibina kerana kita sama. Malaysia dibina kerana kita menghargai perbezaan.
Di sebalik kepelbagaian, semangat kita lahir untuk terus menyatukan kita.
Inilah mesej yang mahu disampaikan oleh iklan KWSP tahun ini.
9. 'Rasa Sayang' dari Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO)
Menceritakan seorang bapa yang berusaha untuk membesarkan anaknya dengan menjadi seorang busker.
Setiap orang mempunyai harapan dan cita-citanya sendiri.
10. 'Gapai' dari Merdeka 118
Semangat itu terus hidup melalui impian yang kita kejar.
Iklan Merdeka 118 menunjukkan semua orang bermula dengan menggapai untuk menjulang harapan, semangat dan keyakinan.
Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke-69 dan Hari Malaysia 2026!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!



Cover image via