Rumah Teres Musnah Di Cheras, EV Sedang Dicas Dipercayai Jadi Punca Kebakaran
Tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Cover image via Bomba dan PenyelamatFollow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Sebuah rumah teres dua tingkat di Alam Damai, Cheras, musnah dalam kebakaran awal pagi semalam dipercayai berpunca daripada sebuah kenderaan elektrik (EV) sedang dicas
Menerusi laporan Berita Harian, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi talian NG999 pada jam 5.03 pagi sebelum pasukan penyelamat ke lokasi kejadian.
"Kebakaran membabitkan rumah teres dua tingkat berkeluasan 20 x 60 kaki persegi dengan kemusnahan dianggarkan 100 peratus.
"Kebakaran dipercayai bermula dari sebuah EV yang sedang dicas di ruang hadapan rumah," katanya.

Tiada mangsa terlibat dalam kejadian
Bagaimanapun, menurut Ahmad Mukhlis, kejadian tersebut tidak membabitkan mangsa dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.41 pagi.
Dalam operasi itu, beliau berkata, seramai 22 orang anggota digerakkan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheras, BBP Sungai Besi dan BBP Bandar Tun Razak.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!


