Ramai Sangka Gurauan, Warga Emas Tunjuk IC Dengan Nama ‘Entah Binti Ta’tahu’

Pelik tapi benar.

Enlarge text
Cover ImageCover image via @lila_lylac / Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang warga emas dari Kuala Krau, Temerloh, Pahang mendapat perhatian ramai orang apabila namanya tular di media sosial

Disangka hanya gurauan, wanita ini mempunyai nama yang sangat unik apabila menunjukkan kad pengenalannya dalam satu video di TikTok.

Nama wanita tersebut secara rasmi adalah Entah binti Ta'tahu.

Kisah nama wanita ini dikongsikan oleh Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said di akaun TikTok milik beliau.

Video tersebut menunjukkan Dr. Ismail berjumpa dengan wanita dan bertanya namanya. Wanita itu memperkenalkan dirinya sebagai Entah binti Ta'tahu.

SAYS.com
Image via @drismailsaid087 / TikTok

Sebagai bukti, wanita tersebut juga telah menunjukkan kad pengenalan miliknya, sekali gus menjadi perbualan ramai netizen yang melihat video tersebut.

Beliau juga menambah, generasi muda sekarang sudah pasti menghadapi kesukaran untuk menerima kewujudan nama sebegini tanpa melihat kad pengenalan sebagai bukti.

Ramai netizen terpegun dengan keunikan nama warga emas berkenaan

Ramai orang terkejut dengan keunikan nama warga emas ini yang mengundang pelbagai reaksi dan komen. Terdapat juga beberapa pengguna yang berkongsi pengalaman mereka yang mempunyai nama keluarga yang jarang didengari.

"Kira pandai la encik taktahu tu letak nama anak dia entah. Sangat comel."

"Sampai hati pegawai JPN dulu. Kalau ye pun jgn lah amik lat lat dr mulut si bapak nya time daftar, tanya lah betul betul aduh. Tak pasal makcik ni bawa nama bertahun-tahun"


Ada yang mendakwa neneknya mempunyai nama Sepak binti Tunggul.

SAYS.com
Image via Sirap Limau

Seorang pengguna bernama K Fiys mendakwa dia pernah mendengar cerita mengenai individu yang mempunyai nama hampir sama ketika kecil.

Menurut dia, cerita tersebut berkaitan dengan seorang bayi yang baru dilahirkan dan namanya telah ditanyakan kepada ibu bayi berkenaan.

Jururawat bertanya nama bayi kepada ibunya, tetapi wanita tersebut menjawab "Entah Tak Tahu" sekaligus menimbulkan salah faham apabila jururawat menggunakan nama tersebut dalam rekod.

Untuk rekod, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak akan menolak nama-nama pelik, tetapi ibu bapa akan dinasihatkan tentang ketidaksesuaian nama anak mereka. Lebih baik jika dielakkan.

Video penuh di sini:

View on Threads

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: