makan

Ini 12 Resepi Salad Mudah, Unik & Sedap Yang Bolehkan Anda Kenyang Seharian. So Yummy!

Say yes to healthy lifestyles!

Cover image via @ihsanlikestoeat (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Nak mula mengamalkan diet yang seimbang dan sihat tapi tak tahu macam mana nak start?

Image via GIPHY

Dont worry, we got you! Jom mula amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Bila lagi kan? Bukan saja senang dibuat, malah hidangan ini semua sedap dimakan. Jimat pun jimat! 

Apa yang lebih penting, anda akan jadi lebih sihat, kulit akan lebih flawless makan makanan sihat seperti salad. Tular baru-baru ini di Twitter tentang perkongsian resepi salad oleh @ihsanliketoeat yang menarik perhatian netizen. 

Lihat posting penuh di bawah: 

Tunggu apa lagi? Jom belajar 12 resepi salad yang mudah dan sedap:

1. Watermelon Cucumber Salad with Lemon Vinaigrette

Kepada sesiapa yang sukakan salad yang crunchy dan juicy, anda boleh cuba hidangan ini. Bukan setakat menyegarkan, malah rasanya sedap sehingga licin pinggan!

Bahan-bahan:

  • 1 cawan tembikai
  • 1/4 cawan timun
  • 1/4 cawan daun Arugula
  • Walnuts (dipanggang)
  • Kuaci buah bunga matahari
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 6 sude besar minyak zaitun
  • Garam
  • Lada hitam

Cara penyediaan:
1. Potong buah tembikai dan timun menjadi saiz kiub kecil.

2. Untuk membuat vinaigrette, campurkan jus lemon, minyak zaitun, garam dan lada hitam. Pukul sehingga sebati.

3. Dalam mangkuk yang lain, susunkan bahan yang sedia ada. Titiskan dengan lemon vinaigrette. Sedia untuk dihidang!

2. Sambal Tempeh Salad

Peminat tempeh dan sambal? Ini dia hidangan yang cukup simple dan dapat memberikan anda kepuasan. Rasa manis-manis pedas itu buatkan anda ketagih lagi.  

Bahan-bahan:

  • Tempeh
  • Kunyit
  • Garam
  • 1/2 bawang merah
  • 1/4 cawan timun
  • 1/4 cawan daun Arugula
  • Daun salad
  • Kacang panggang
  • Bawang goreng
  • Sambal Oelek

Cara penyediaan:
1. Potong tempeh menjadi saiz kiub kecil. Gaulkan dengan kunyit dan garam. Kemudian, gorengkan sehingga garing dan keperangan. (Kalau anda nak guna air fryer, campurkan sedikit kunyit dan air sehingga menjadi seperti pes).

2. Gaulkan tempeh dan sambal oelek. Ketepikan.

3. Hiriskan bawang dan potong timun menjadi bentuk kiub.

4. Susun semua bahan salad ke dalam mangkuk, hiaskan dengan kacang panggang dan bawang goreng.

5. Letakkan sambal oelek atas hidangan.

3. Grilled Chicken Salad with Corn & Cherry Tomatoes

Tak kenyang kalau takda ayam? Jangan risau, resepi ini kan ada! Hanya perlu gril ayam tersebut, takda lebihan minyak. Sihat bukan? Rasa juicy ayam dan sayur yang crunchy itu memang perfect!

Bahan-bahan:

  • 1 keping dada ayam
  • 1/2 cawan jagung
  • 5-6 biji tomato ceri
  • Daun bayam
  • Red lettuce leaves
  • 2 sudu besar jus lemon
  • 6 sudu besar minyak zaitun
  • Garam
  • Lada hitam

Cara penyediaan:
1. Hiris tomato ceri menjadi dua bahagian. Potong jagung untuk dapatkan isinya. (Sebagai alternatif, anda juga boleh gunakan jagung frozen).

2. Perasakan dada ayam dengan garam dan lada hitam secukup rasa.

3. Masakkan ayam dengan api sederhana selama 5 hingga 7 minit. Tutupkan dengan penutup pan.

4. Terbalikkan ayam, masak selama 3 minit. Kemudian, tambahkan sedikit air, tutup dan masak lagi selama 3 hingga 4 minit. Wap akan membuatkan ayam lebih juicy! Apabila ayam sudah masak, keluarkan dari pan dan biarkan ayam rehat selama 5 minit sebelum dihiris.

5. Gunakan pan yang sama, gorengkan jagung sehingga perang keemasan.

6. Untuk kuah pula, campurkan jus lemon dan minyak zaitun. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sebati.

7. Hiaskan semua bahan dalam mangkuk, tuangkan kuah ke atas hidangan tersebut. Sedia untuk dihidang!

Tip: Untuk dapatkan ayam yang masak keperangan, jangan kacau ayam sehingga anda ingin terbalikkan ayam itu.

4. Rainbow Salad with Honey Lime Dressing

Hidangan ini bukan saja akan pikat hati anda kerana warnanya, malah ia juga akan pikat selera anda. Resepi yang sangat mudah ini boleh hasilkan hidangan yang cukup cantik dan sedap. Macam-macam rasa seperti manis dan masam boleh didapatkan dalam hidangan ini. 


Bahan-bahan:

  • 1 cawan baby spinach
  • 5-6 biji tomato ceri
  • 1/4 lada benggala kuning
  • red radish
  • 1/4 cawan timun
  • 1/2 lobak merah
  • 1/4 cawan kubis merah
  • 1/4 cawan jagung (dikukus)
  • 2 sudu besar limau nipis
  • 6 sudu besar minyak zaitun
  • 1 sudu besar madu
  • Garam
  • Lada hitam
Cara penyediaan:
1. Hiriskan semua jenis sayuran ikut potongan cita rasa anda. (Boleh potong kiub, hiris nipis dan potongan jenis julienne untuk pelbagaikan tekstur). 

2. Untuk kuah, perahkan limau nipis dan campurkan dan pukulkan dengan minyak zaitun dan madu. Perasakan dengan garam dan lada hitam. 

3. Hiaskan hidangan anda secantik mungkin. Tuangkan kuah ke atas hidangan. Siap!

5. Vietnamese Shrimp Spring Rolls

Tipulah kalau cakap tak suka Vietnamese roll, rasa kekenyalan udang dan crunchy sayuran itu memang perfect combination. Jangan lupa cecah sos!

Bahan-bahan:

  • Udang (dikupas kulitnya dan rebus dengan garam)
  • Daun salad
  • Timun
  • Lobak merah
  • Lada benggala
  • Kubis merah
  • Daun pudina
  • Ketumbar
  • Rice papers

Cara penyediaan:
1. Hiris lobak merah dan lada benggala menjadi bentuk hirisan memanjang.

2. Kemudian, hiriskan kubis merah dan timun.  

3. Basahkan rice paper (pastikan tidak melebihi 2 saat) dan letakkan di permukaan yang rata. 

4. Susunkan bahan-bahan seperti sayur mengikut cita rasa anda.

5. Gulungkan rice paper dengan lembut supaya rice paper tidak koyak. 

6. Roasted Pumpkin Salad with Lemon Yoghurt Dressing

Hidangan ini manis-manis masam kerana dengan mengandungi bahan gabungan madu, labu, lemon dan yogurt. Resepi ini bukan saja senang, malah akan buat anda kenyang seharian.

Bahan-bahan:

  • 1/4 biji labu
  • 1 sudu kecil serbuk kayu manis
  • 1 sudu kecil serbuk cili
  • 2 sudu besar madu (boleh lebihkan jika labu tidak cukup manis)
  • 6 hingga 8 biji tomato ceri
  • Swiss chard
  • Baby spinach
  • Kuaci buah bunga matahari
  • Badam panggang
  • 1 cawan yogurt
  • 1/2 biji jus lemon
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1/4 cawan minyak zaitun
  • Garam
Cara penyediaan:
1. Kupaskan kulit labu dan potong memanjang. Seterusnya, hiriskan tomato ceri menjadi dua bahagian.

2. Perasakan labu dan tomato ceri dengan serbuk kayu manis, serbuk cili, madu, minyak zaitun* dan garam. Bakarkan pada suhu 180°C-210°C selama 30 minit atau masak sehingga keperangan. 

3. Untuk kuah, campurkan yogurt, minyak zaitun, jus lemon, bawang putih dan garam. Pukul sehingga sebati.

4. Hiriskan badam panggang menjadi dua bahagian. Taburkan dan siap!

7. Stir-fried Tempeh & Mushroom Salad

Tidak dinafikan lagi tempeh memang banyak kebaikan. Tempeh mempunyai protein yang tinggi. Siapa yang sukakan tempeh boleh cuba resepi ini.

Bahan-bahan:

  • 1/2 cawan cendawan butang
  • 1/2 cawan tempeh
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar kicap soya
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • Kuaci buah bunga matahari
  • Biji bijan
  • Lada hitam
  • Garam
  • Air
  • Baby spinach
  • Swiss chard

Cara penyediaan:
1. Panaskan non-stick pan, masukkkan minyak sedikit. Tumiskan cendawan selama 5 minit.

2. Tambahkan tempeh, masakkan dengan api sederhana selama 5 hingga 10 minit.

3. Kemudian, masukkan kicap soya, minyak bijan, garam, lada hitam dan tambahkan sedikit air. Masak selama 1 hingga 2 minit.

4. Hiaskan sayur-sayuran dalam mangkuk. Taburkan kuaci buah bunga matahari sekeliling. Letakkan tempeh dan cendawan yang telah dimasak. Akhir sekali, taburkan dengan biji bijan. 

8. Spicy Stir-Fried Chicken Salad

Ayam sudah menjadi kegemaran setiap orang bukan? Hidangan ini lengkap dengan protein dan fiber. Boleh bantu anda kenyang dan amalkan diet yang sihat!


Bahan-bahan:

  • 1 keping dada ayam
  • 1/2 biji lada benggala
  • 1 biji bawang merah
  • 1/2 lobak merah
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • Lada hitam
  • Garam
  • 2 sudu besar jus limau 
  • 2 sudu besar sambal oelek
  • 6 sudu besar minyak zaitun

Cara penyediaan:
1. Potong ayam menjadi kepingan kecil. Hiriskan semua bahan sayuran juga. 

2. Dalam satu mangkuk, perasakan ayam dengan serbuk cili, garam dan lada hitam secukup rasa. Ketepikan. 

3. Untuk kuah, gabungkan sambal oelek, jus limau, lada hitam dan garam. Kacau sehingga sebati. 

4. Panaskan pan, tambahkan minyak dan masakkan semua sayuran dengan menggunakan api sederhana. Perasakan dengan garam. Masak sehingga bawang merah nampak semi-translucent. 

5. Masukkan ayam, masakkan selama 10 minit. Perasakan dengan garam dan lada hitam.

6. Hiaskan sayuran dan ayam dalam mangkuk hidangan. Taburkan dengan kuah dan siap!

9. Spicy Grilled Chicken & Mango Salsa Salad

Say yes to mango! Hidangan apa-apa yang mengandungi mangga mesti sedap. Gabungan rasa yang manis dan masam ini memang buatkan kita terliur. 

Bahan salsa:

  • 1 biji mangga
  • 8 hingga 10 biji tomato ceri
  • 1/2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 genggam daun ketumbar
  • 1/2 biji perahan jus limau nipis
  • Garam
  • Lada hitam
  • 1 sudu besar minyak zaitun

Bahan ayam gril:
  • 1 keping dada ayam
  • Garam
  • Lada hitam
  • Serbuk cili

Bahan salad:
  • Butterhead lettuce
  • Baby spinach

Cara penyediaan:
1. Hiriskan semua buah dan sayuran menjadi bentuk kiub kecil. Perahkan dengan limau nipis, garam, lada hitam dan minyak zaitun. Kacau sehingga sebati.  

2. Perasakan ayam dengan bahan ayam gril. Kemudian, grilkan sehingga keperangan atas non-stick pan dengan minyak sedikit.

3. Hiaskan salad, buah dan ayam atas pinggan. Siap untuk dihidang!

Tips untuk dapatkan ayam keperangan:
- Masakkan selama 4 hingga 6 minit dengan api sederhana. 
- Jangan kacau ayam sehinggalah masa untuk terbalikkan. 
- Tambahkan sedikit air untuk ayam yang lebih juicy selepas terbalikkan ayam. Tutup dengan penutup kuali. 
- Biarkan ayam selama 5 minit sebelum hiris. 

10. Apple Salad with Nuts & Peanut Butter Dressing

Penggemar epal boleh cuba resepi ini. Fresh and sweet! Makan sekali pasti nak lagi.

Bahan-bahan:

  • Baby spinach
  • Butterhead lettuce
  • Epal (dihiris)
  • Kacang walnut
  • Kacang badam
  • Kacang gajus
  • Dried cranberries
  • Peanut butter
  • Minyak zaitun

Cara penyediaan:
1. Campurkan semua sayur-sayuran, buah-buahan dan kacang ke dalam satu mangkuk.
2. Kemudian pukul peanut butter dan minyak zaitun untuk kuah.
3. Taburkan kuah dalam mangkuk tadi. Siap!

11. Grilled Tofu Salad with Honey Soy Dressing

Tak perlu pening nak buat salad apa dah lepas ni. Ini salah satu resepi yang sedap dan senang nak dihasilkan. Ada tauhu dan sayur? Onz!


Bahan-bahan: 

  • Tauhu
  • Lada benggala kuning
  • Tomato ceri
  • Baby spinach 
  • Daun Arugula
  • 2 sudu besar kicap soya 
  • 1 sudu besar madu
  • Minyak bijan

Cara penyediaan: 
1. Panaskan pan dan masukkan sedikit minyak. Gril tauhu sehingga keperangan. 
2. Tumiskan tomato ceri dan lada benggala. 
3. Untuk kuah, campurkan kicap soya, madu dan minyak bijan. 
4. Hiaskan salad dan hidangkan!


12. Grilled Pineapple & Shrimp Salad

Sukakan salad yang mempunyai rasa manis? Ini dia resepi salad udang dan nanas. Gabungan rasa masam manis yang natural ini memang menaikkan lagi aroma hidangan itu. 


Bahan-bahan:

  • 8 hingga 10 ekor udang
  • 1 cawan nanas
  • 1 sudu besar rempah cajun
  • 2 sudu kecil serbuk cili
  • 2 sudu kecil gula perang
  • Garam
  • Minyak
  • Baby spinach
  • Daun Arugula
  • Kubis merah

Cara penyediaan:
1. Perapkan udang dengan rempah cajun dan garam. Ketepikan.  

2. Campurkan nanas dengan gula perang dan serbuk cili.

3. Hiriskan kubis merah.

4. Dalam pan yang panas, gorengkan udang sehingga keperangan selama 2 hingga 3 minit. 

5. Dalam pan yang sama, panggangkan nanas menggunakan api sederhana. Ketepikan. Kemudian, masukkan kubis merah dan masakkan sehingga lembut. 

6. Hiaskan pinggan anda dan sedia dihidang! 

Tunggu apa lagi? Jom amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Goodluck semua! :D

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan lagi resepi menarik di Seismik Makan:

Nak mudahkan kerja memasak? Jom dapatkan gajet ini:

More stories to read: