makan

6 Resipi Sihat Ala Barat Anda Boleh Sediakan Dalam 30 Minit Atau Kurang

Mudah saja nak mengamalkan cara pemakanan sihat dengan 6 resipi ini.

Cover image via MyResipi

1. Roti Tortilla Gulung

Roti Tortilla Gulung

Image via MyResipi

Kalau anda ingin mengurangkan pengambilan nasi, apa kata anda cuba roti tortilla pula? Bukan sahaja sihat, malah lebih sedap terutama lagi kalau anda menggunakan tortilla wholemeal.

Senang saja nak menghasilkan hidangan ini, cuma perlukan protein seperti ayam dan beberapa jenis sayuran. Anda boleh menggunakan apa-apa saja perasa dan sos mengikut citarasa anda. 

Dapatkan resipi penuh Roti Tortilla Gulung di sini

2. Salad Sotong Dan Udang

Salad Sotong Dan Udang

Image via MyResipi

Resipi ini mengandungi udang dan sotong, dan sangat sesuai untuk anda yang sudah bosan dengan lauk ayam dan daging merah. Hidangan makanan laut memang bagus sebagai alternatif sumber protein dan asid amino. 

Salad ini sangat luar biasa kerana menggunakan serai, limau dan daun ketumbar. Siapa kata makanan sihat itu membosankan?

Dapatkan resipi penuh Salad Sotong Dan Udang di sini.

3. Salsa Tomato Dan Pudina

Salsa Tomato Dan Pudina

Image via MyResipi

Bosan dengan sayur hijau? Bolehlah cuba resipi Salsa Tomato Dan Pudina ini pula. Rasanya yang fresh dan citrusy pasti akan menaikkan selera anda. 

Apa yang menarik tentang resipi ini ialah, anda boleh menggandingkan Salsa Tomato Dan Pudina dengan apa sahaja. Pasti sedap lah!
 
Dapatkan resipi penuh Salsa Tomato Dan Pudina di sini

4. Salad Kacang Pis Dan Jagung

Salad Kacang Pis Dan Jagung

Image via MyResipi

Resipi salad ini sangat mudah kerana hanya perlu merebus kacang pis, jagung dan udang. Gaulkan pula bersama dressing jus lemon dan madu, hidangan ini sememangnya sihat dan lazat.

Bolehlah cuba resipi ini jika anda mahukan kelainan dari salad daun hijau yang biasa. Serious sedap!

Dapatkan resipi penuh Salad Kacang Pis Dan Jagung di sini

5. Ikan Dori Panggang

Ikan Dori Panggang

Image via MyResipi

Resipi ini khas untuk anda yang hendak mengurangkan kadar pengambilan lemak dalam diet anda. Dengan menggunakan teknik masak memanggang dan juga kuali non-stick, anda tak perlulah masak menggunakan minyak yang berlebihan. Lagi sedap dan sihat! 

Kami tambahkan secubit kunyit dan sedikit cili api untuk menambahkan oomph. Sekali makan, mesti nak lagi. 

Dapatkan resipi penuh Ikan Dori Panggang di sini

6. Salad Salmon

Salad Salmon

Image via MyResipi

Salmon dan salad memang kombinasi yang hebat. Resipi ini guaranteee akan menjadi kegemaran orang ramai. Salad memang kaya dengan serat dan vitamin, manakala salmon pula kaya dengan omega-3. 

Padankan salad ini dengan sos cili thai, limau kasturi dan juga kicap cair. Sangat memuaskan! 

Dapatkan resipi penuh Salad Salmon di sini.

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Cuba hasilkan resipi-resipi sihat #SeismikMakan yang ringkas di bawah:

Kunjungi kafe-kafe ini untuk makanan yang sihat:

Senang sahaja nak mengamalkan gaya hidup sihat dengan artikel-artikel di bawah ini:

You may be interested in: