makan

5 Resepi Lauk Tempoyak Yang Ringkas & Enak Untuk Semua Cita Rasa. Memang Simple!

Jom hasilkan lauk berasaskan tempoyak yang senang dan lazat ini!

Cover image via MyResipi

1. Ayam Gulai Tempoyak

Ayam Gulai Tempoyak

Image via MyResipi

Untuk hidangan yang sesuai dengan semua cita rasa, anda wajib sekali mencuba resepi Ayam Gulai Tempoyak ini. Gabungan rasa tempoyak dan pedas pasti akan menaikkan selera anda. Lebih-lebih lagi jika dinikmati bersama nasi panas dan telur dadar. Memang layan! 

Dapatkan resepi penuh Ayam Gulai Tempoyak di sini.

2. Ikan Patin Masak Tempoyak

Ikan Patin Masak Tempoyak

Image via MyResipi

Ikan patin sememangnya enak sekali jika dibuat masak tempoyak. Daging ikan patin yang berlemak dan lembut memang sesuai dipadankan bersama kuah tempoyak yang masam dan pedas. Ditambah pula dengan rasa bunga kantan dan kunyit hidup. Memang sedap! 

Dapatkan resepi penuh Ikan Patin Masak Tempoyak di sini

3. Udang Tempoyak

Udang Tempoyak

Image via MyResipi

Jika anda mahukan sesuatu yang unik, anda wajib sekali mencuba resepi Udang Tempoyak ini. Daging udang yang manis memang lazat digandingkan bersama kuah tempoyak. Resepi ini juga sangat mudah kerana udang tidak mengambil masa yang lama untuk dimasak. Memang sesuai jika anda mahukan sesuatu yang ringkas dan istimewa!

Dapatkan resepi penuh Udang Tempoyak di sini

4. Tempoyak Ikan Dan Terung

Tempoyak Ikan Dan Terung

Image via MyResipi

Resepi Tempoyak Ikan Dan Terung ini sangat ringkas untuk disediakan kerana anda hanya perlu memasukkan semua bahan-bahan dalam periuk dan biarkan didih. Resepi ini juga sangat memuaskan kerana mempunyai terung yang mampu menyerap kuah tempoyak. Memang mantap! 

Dapatkan resepi penuh Tempoyak Ikan Dan Terung di sini.

5. Ikan Goreng Sambal Tempoyak

Ikan Goreng Sambal Tempoyak

Image via MyResipi

Resepi Ikan Goreng Sambal Tempoyak sangat unik kerana tidak mempunyai kuah tetapi masih mengekalkan rasa tempoyak yang mantap sekali. Sesuai jika anda suka akan ikan yang digoreng sehingga rangup dan dalam masa yang sama ingin menikmati rasa sambal tempoyak yang pedas!

Dapatkan resepi penuh Ikan Goreng Sambal Tempoyak di sini

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Dapatkan banyak lagi resepi best di sini:

You may be interested in: