Lebih 16k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Kek Marble Jelita Viral. Cantik & Sedap!
Jom cuba hasilkan kek marble jelita ini. Memang cantik mata memandang!
Baru-baru ini, Kek Marble Jelita telah viral di sosial media kerana warnanya yang terang dan coraknya yang begitu menarik
Bukan itu sahaja, kek ini juga mempunyai tekstur yang gebu dan ringan seperti kek chiffon. Kek ini juga sangat mudah untuk disediakan kerana menggunakan bahan-bahan murah yang anda mungkin sudah ada di rumah. Anda juga boleh mengubahsuai warna mengikut pilihan anda. Jom cuba hasilkan di rumah? :D
Untuk resepi Kek Marble Jelita viral & mudah, ikuti resepi perkongsian pengguna Facebook Azlina Ina Fans yang telah mendapat sebanyak 16k shares di Facebook!
Antara bahan yang diperlukan adalah:
Bahan A
- 5 biji putih telur (kuning telur diasingkan)
- 50 gram gula kastor
- 5 biji kuning telur (putih telur diasingkan)
- 250 gram marjerin (jenama Pelangi)
- 200 gram gula kastor
- 1 sudu esen vanila
- 200 gram tepung naik sendiri (self raising flour)
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 50 ml susu segar
Jom ikuti cara membuatnya pula:
8. Lapiskan adunan mengikut warna yang berbeza. Mulakan dengan warna merah jambu, biru dan hijau. Simpankan separuh adunan untuk dicorakkan di atas kek.
11. Dengan menggunakan lidi, corakkan adunan dengan menggabungkan warna-warna.
12. Masukkan kek ke dalam ketuhar dan bakar pada 150°C hingga 160°C selama 50 minit hingga 1 jam.
Apabila Kek Marble Jelita sudah siap, inilah hasilnya. Gebu dan memang cantik memandang!
Sumber resepi: Azlina Ina Fans
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!