Lebih 3k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Sos Spaghetti 'Homemade' Paling Mudah & Lazat!
Jom hasilkan sos pasta sendiri di rumah. Simple dan lagi sedap dari kedai!
Tengok sahaja sepinggan Spaghetti Bolognese, memang lapar dibuatnya. Sedap betul! :D
Kebanyakan orang bersangka bahawa hidangan pasta agak susah untuk disediakan di rumah. Ramai orang juga lebih gemar membeli pes dari kedai sahaja.
Tetapi untuk menjimatkan masa dan tenaga, sos spaghetti lebih mudah jika disediakan di rumah. Cara ini ternyata dijamin pantas kerana anda boleh menyimpan sos tomato ini di dalam peti sejuk dan gunakan pada bila-bila masa sahaja.
Untuk resepi sos spaghetti homemade yang paling sedap, ikuti perkongsian resepi dari pengguna Facebook Dahlia Kamaruza ini yang telah mendapat sebanyak 3.1k 'shares'!
Antara bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 10 kilogram tomato
- 4 biji bawang Holland (dipotong dadu)
- 2 labu bawang putih (ditumbuk)
- 4 biji lada benggala merah
- 1/2 bekas cendawan shitake (dipotong dadu)
- 2-3 tangkai daun sweet basil (dipetik daun)
- 2-3 helai bay leaf
- Lada hitam (secukup rasa)
- Garam (secukup rasa)
- Mixed herbs (secukup rasa)
- 2 sudu besar serbuk cili (mengikut cita rasa anda)
- Serbuk pati ayam (optional)
- 1-2 cawan minyak zaitun (untuk menumis)
Ikuti cara-cara membuatnya pula:
2. Celurkan tomato ke dalam air panas untuk 5 minit.
3. Rendamkan tomato di dalam air paip untuk seketika. Toskan.
4. Kupaskan kulit tomato dan keluarkan bijinya. Ketepikan biji dan kulitnya.
7. Tapiskan dan ambil jusnya.
10. Sementara sos tomato sejuk, bakarkan lada benggala di atas api sehingga kulit menjadi sedikit hangus.
12. Kisarkan semua bahan-bahan menggunakan pengisar tangan sehingga lumat dan tidak berketul. (Anda juga boleh menggunakan pengisar atau food processor)
12. Masukkan perasa seperti serbuk cili, garam, lada hitam, serbuk pati ayam, mixed herbs, sweet basil dan bay leaf.
Setelah sos spaghetti homemade anda sudah siap, anda boleh gunakan terus ataupun bekukan. Mudah sekali!
Apa yang menarik tentang resepi ini ialah anda boleh mengubah suai sos spaghetti ini mengikut hidangan yang anda sediakan. Contohnya, jika anda menghidangkan Spaghetti Bolognese, anda boleh menambah daging atau ayam kisar.
Sos tomato ini juga boleh bertahan selama 3 hari di dalam peti sejuk. Manakala, jika disimpan di peti beku, ia boleh bertahan lebih dari 6 bulan. Selamat mencuba!
Sumber resepi: Dahlia Kamaruza
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!