makan

Lebih 6k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Roti Strawberi Peanut Butter Untuk Si Kecil!

Jom hasilkan resepi Strawberry Peanut Butter Coklat Sandwich ini. Simple tapi sangat menarik!

Cover image via Syahirah Adnan

Memang tidak boleh dinafikan bahawa anak-anak kecil sangat menggemari snek roti terutama sekali apabila ada perisa coklat

Image via giphy.com

Sempena cuti sekolah ini, ibu-ibu di rumah pasti tercari-cari idea makanan yang menarik untuk dihidangkan kepada anak kecil. Lebih-lebih lagi jika anak tersebut suka memilih makanan. 

Tetapi bukan semua makanan yang disediakan perlu mengambil masa yang lama. Sekadar sedap dan menarik perhatian mereka pun sudah cukup! Resepi Strawberry Peanut Butter Chocolate Sandwich yang menggunakan 4 bahan ini sangat sesuai sekali. Jom cuba?

Untuk resepi Strawberry Peanut Butter Chocolate yang simple tetapi istimewa, ikuti perkongsian resepi pengguna Facebook Syahirah Adnan yang telah mendapat sebanyak 6.5k shares!

Antara bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 bungkus roti Coklat Kismis (jenama Gardenia)
  • 1 bungkus roti Butterscotch (jenama Gardenia)
  • Jem strawberi
  • Mentega kacang coklat

Jom ikuti cara-cara membuatnya pula:

  1. Sediakan dua keping roti Coklat Kismis dan sekeping roti Butterscotch.
  2. Sapukan jem strawberi ke atas sekeping roti Coklat Kismis.
  3. Seterusnya, sapukan mentega kacang coklat ke atas sekeping lagi roti Coklat Kismis.
  4. Lapiskan roti Butterscotch di antara kedua-dua roti Coklat Kismis.
  5. Potongkan roti di bahagian tengah. 

Apabila Strawberry Peanut Butter Chocolate Sandwich dah siap, inilah hasilnya. Anak-anak kecil pasti suka punyalah!

Sumber resepi: Syahirah Adnan

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi resepi-resepi untuk si kecil di sini:

You may be interested in: