Lebih 9k 'Shares', Wanita Ini Kongsi Resepi Biskut Nestum Mudah Guna 5 Bahan Je!
Jom hasilkan kudapan Biskut Nestum Cornflakes yang simple ini untuk anak-anak kecil!
Sejak cuti sekolah ini, ibu-ibu di rumah sentiasa perlu menyediakan makanan untuk anak-anak kecil yang kelaparan
Selain dari hidangan berat, ibu-ibu juga boleh mencuba menyediakan kudapan yang sihat dan tidak mempunyai kandungan gula dan garam yang tinggi.
Jika anda tercari-cari resepi kudapan yang mudah, anda wajib sekali mencuba resepi Biskut Cornflakes Nestum ini yang mudah ini. Resepi ini hanya menggunakan 5 bahan sahaja. Jika anda mahu, anda juga boleh menambah cip coklat, kekacang dan banyak lagi!
Untuk resepi Biskut Cornflakes Nestum simple yang hanya menggunakan 5 bahan, ikuti perkongsian resepi dari pengguna Facebook Nor Zahidah Kamal ini yang telah mendapat sebanyak 9k shares!
Antara bahan yang diperlukan adalah:
- 300 gram Cornflakes
- 500 gram Nestum
- 6 sudu besar madu
- 250 gram marjerin (1 cawan)
- 1/4 cawan gula aising
Jom ikuti cara membuatnya pula:
- Ramas Cornflakes sehingga hancur tetapi tidak terlalu halus.
- Masukkan Nestum.
- Gabungkan madu, gula dan marjerin dan gaul sehingga sebati.
- Kemudian, masukkan campuran marjerin, madu, gula ke dalam Cornflakes dan Nestum tadi.
- Gaulkan sehingga semua bahan-bahan sebati dan disalut rata.
- Masukkan ke dalam acuan mufin dan padatkan dengan cawan.
- Panaskan ketuhar selama 10 minit terlebih dahulu.
- Bakarkan pada suhu 200°c selama 10 minit atau mengikut ketuhar anda.
Apabila Biskut Nestum Cornflakes sudah siap, inilah hasilnya. Senang betul! Anak-anak kecil pasti suka. :D
Sumber resepi: Nor Zahidah Kamal
Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!