makan

Kami Dah Cuba Fish 'N Chips Keropok Mamee Monster Yang Crispy & Lazat. Memang Wajib Cuba!

Dapatkan Fish 'N Chips Mamee Monster yang rangup dan lazat dari Manhattan Fish Market. Sangat berbaloi!

Cover image via Seismik Makan

Manhattan Fish Market sememangnya terkenal dengan versi fish 'n chips yang pelik tetapi menarik. Anda masih ingat dengan Cookie Crusted Fish 'N Chips yang telah menggemparkan Malaysia pada awal tahun ini?

Kini, mereka tampil dengan lagi satu versi fish 'n chips yang unik iaitu Mamee Monster Fish 'N Chips

Menu Manhattan Fish Market yang terbaru ini menggunakan keropok Mamee Monster yang ikonik dari zaman kanak-kanak kami.

Tanpa melengah-lengahkan masa, kami pun mencuba versi fish 'n chips yang terbaru ini

Lihat gambar-gambar yang melazatkan di bawah: 

Mamee Monster Fish 'N Chips

Image via Seismik Makan

Mamee Monster Fish 'N Chips

Image via Seismik Makan

Mamee Monster Fish 'N Chips

Image via Seismik Makan

Seperti yang dijangkakan, Mamee Monster Fish 'N Chips ini mempunyai luaran yang sangat rangup. Manakala isi ikannya pula sangat lembut dan fresh. Lihat sahaja pun boleh tahu yang ikan yang disalut dengan keropok ini memang crispy. Ditambah pula dengan rasa rempah ratus Mamee Monster yang pedas dan manis. Memang sesuai dicicah bersama sos tartar!

Apa yang kami suka tentang Mamee Monster Fish 'N Chips ini ialah setiap set datang dengan minuman bottomless dan sup cendawan percuma. Memang berbaloi!

Mamee Monster Fish 'N Chips

Image via Seismik Makan

Pada pendapat kami, fish 'n chips ini ternyata sangat lain daripada yang lain dan wajib dicuba. Lebih-lebih lagi jika anda peminat keropok Mamee Monster! Anda berani cuba?

Image via Seismik Makan

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Image via Seismik Makan

Jom check out banyak lagi hidangan-hidangan menarik:

You may be interested in: