makan

Team Kami Telah Cuba Fish 'N Chips Bersalut Cookies Viral. Ini Pendapat Kami.

Fish 'N Chips manis keluaran Manhattan Fish Market terkini yang pelik tetapi menarik!

Cover image via SAYS Makan

Macam-macam kombinasi makanan pelik yang telah menular di media sosial pada tahun 2018

Ayam Goreng Milo

Image via MyBurgerLab

Dari ayam goreng Milo sehinggalah nasi lemak keju, 2018 memang tahun yang menggemparkan dunia kulinari. Pelik macam mana pun, memang tak boleh dinafikan yang kami tertarik dengan semua kombinasi tersebut. 

Bagaimana pula dengan tahun 2019? Adakah kita akan kembali ke pangkal jalan? Nampak gayanya macam tidak.

Cookie Crusted Fish 'N Chips

Image via The Manhattan Fish Market MY

Sempena tahun baru ini, Manhattan Fish Market telah memperkenalkan wajah baru fish 'n chips yang bersalut serbuk biskut dan dihidangkan bersama sos tartar biskut. Resipi yang pertama di dunia! Anda berani cuba?

Pada awalnya, kami pun terkejut melihat gabungan filet ikan dan biskut yang manis. Tetapi apa yang lebih mengejutkan ialah betapa sedapnya fish 'n chips ini.

Walaupun disalut dengan biskut, rasa ikan goreng ini tidaklah manis seperti yang disangkakan.

Cookie Crusted Fish 'N Chips

Image via SAYS Makan

Tetapi bagi kami, lagi sedap jika Cookies Crusted Fish 'N Chips yang rangup ini dipadankan dengan sos tartar biasa. Sos tartar biskut yang dihidangkan mempunyai rasa manis yang kurang sesuai untuk dimakan bersama ikan.

Sos Tartar Biskut

Image via SAYS Makan

Cookie Crusted Fish 'N Chips ternyata dicipta khas untuk mereka yang mahukan kelainan

Pada pendapat kami, fish 'n chips ini memang sedap. Walaupun agak pelik, kami berazam untuk datang buat kali kedua. Akhir kata, menu ini memang wajib dicuba kerana bukan selalu boleh dapat. Lain daripada yang lain!

Cookies Crusted Fish 'N Chips

Image via The Manhattan Fish Market

Apa kombinasi makanan pelik lain yang anda pernah cuba? Komen di bawah. Kami pun nak tahu juga!

Untuk dapatkan banyak lagi artikel seperti ini, LIKE Facebook Seismik Makan serta FOLLOW kami di Instagram sekarang!

Kadang-kala, ada kombinasi pelik yang melampaui batas. Inilah contohnya:

Team kami juga telah mencuba makanan baru yang lain:

You may be interested in: