seismik

9 Makanan Lokal Yang Kami Rasa Anda Tak Payah Letak ‘Cheese’ Langsung. Enough!

Sudah cukup cukup sudah. -.-'

Cover image via SAYS via eatdrinkkl

Bila cakap pasal makanan, mesti perut akan jadi lapar kan? Bukan tu saja, zaman sekarang kalau cakap makanan kat Malaysia ni, mesti semuanya nak taruk cheese

Yang itu nak letak cheese, yang ini nak letak cheese. Kalau boleh semua makanan kat Malaysia ni nak letak cheese. Haiih..cis betul!

Tak salah pun nak improvise sejenis makanan tu, tapi tolonglah jangan musnahkan rasa asli makanan tersebut. Sebelum buat menu baru tu apa kata buat R&D dulu barulah orang ramai berminat nak beli sebab bukan semua makanan sesuai diletakkan cheese.

Mungkin ada yang tak tahu, makanan-makanan seperti ini juga dijual dan diletakkan cheese, seriously? :

1. Lemang cheese

Image via Facebook

Kami sendiri tak boleh bayangkan macam manalah sesetengah orang boleh makan lemang cheese macam ni. Cuba anda bayangkan, lemang yang rasanya sudah berlemak itu dicampurkan pulak dengan bahan lain seperti cheese. Mood hari raya confirm berubah kalau makan lemang macam ni.

2. Kuey teow cheese

Image via www.flickr.com

Bayangkan kuey teow yang sepatutnya rasa pedas-pedas dan enak dimakan ketika panas diperbaharui dan dihidangkan bersama cheese. Memang tak boleh masuk langsung!

3. Maggie goreng cheese

Image via cookpad.com

Saat pertama kali kami memandang gambar ini, kami terdiam. Puas kami fikirkan macam manalah maggie goreng boleh dihidangkan bersama mozarella cheese yang ditaburkan ke atas maggie tersebut. Kedai mamak mana lah jual maggie goreng macam ni? Tak rasa lain macam ke bila makan?

4. Bihun cheese

Bukan kuey teow dan maggie saja, bihun pun diperbaharui dan dihidangkan bersama cheese. Yang membezakannya dengan hidangan yang tadi adalah, ia sedikit berkuah dan melekit. Err kembang tekak kami melihatnya.

5. Nasi goreng cheese

Image via inforesepku.com

Nasi goreng juga tak terlepas dihidangkan bersama cheese. Kalau pisang goreng tu bolehlah kami terima tapi kalau dah nasi pun makan dengan cheese, err apalah agaknya rasanya tu?

6. Rojak cheese

Kalau pisang goreng pun dah letak cheese apatah lagi rojak. Tapi bagi kami, rojak tidak sepatutnya dihidangkan sebegini. Tidak kiralah rojak buah mahupun rojak mi. Rasa asli rojak itu sendiri sudah sedap. Tak perlu hancurkan originality makanan tersebut dengan cheese. Faham?

7. Keropok lekor cheese

Sudah... cukup, cukup sudahlah dengan sosej cheese yang anda boleh beli sebanyak mungkin di pasar malam tu. Apa kata kita biarkan keropok lekor kekal dengan rasa dan dihidangkan dengan cara yang sama selamanya. Ini kerana bagi kami keropok lekor sudah cukup enak dicicah bersama kuahnya. Apatah lagi bila dimakan sewaku masih panas. Jadi jangan musnahkan rasa authentic ini please?

8. Biskut bangkit cheese

Kuih bangkit adalah kuih tradisional yang terkenal sewaktu menjelangnya Aidilfitri. Rasanya yang berlemak itulah yang menyebabkan ia dipanggil kuih bangkit kerana ia membangkitkan selera sesiapa saja yang makan kuih ni. Tapi apabila sudah dicampurkan bersama cheese, maka hilanglah keaslian kuih tradisional ini. Tak bangkit selera abang nak makan. :(

9. Nasi lemak cheesecake

Dalam banyak-banyak juadah, ini yang kami paling tak boleh terima. Bagaimana boleh nasi lemak dihidangkan bersama keju dan dijadikan cheesecake. Makan kek dengan topping sambal dan ikan bilis? Hilang terus rasa asli makanan kegemaran rakyat Malaysia kita ni. :(

Apa pula pendapat anda? Ada lagi makanan lokal yang anda rasa tak patut dihidangkan bersama cheese? Kongsikan dengan kami di ruang komen di bawah.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Cakap pasal makanan, ini dia makanan yang korang tak akan dapat di KL dan wajib try!:

You may be interested in: